“Semoga Hidup Awak Bahagia” – Hafiz Hamidun

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun menyelar tindakan segelintir netizen yang melabelkannya sebagai individu suka menunjuk-nunjuk.

Hafiz menerusi akaun Twitternya berpendapat tindakan netizen seolah-olah cuba memfitnahnya.

“Alhamdulillah. Semoga hidup awak bahagia dan jiwa awak tenang. Kalau posting itu buat awak puas hati, I hope you juga sedia tanggung benda fitnah yang orang mengata pasal saya,” tulisnya membalas entri yang ditulis seorang pengguna Twitter.

Menerusi entri itu, pengguna tersebut mengulang siar kenyataan Hafiz sebelum ini yang berpesan tentang penyakit ‘show off’ (menunjuk-nunjuk) di sosial media.

Ironinya, pengguna itu turut meletakkan bersama beberapa keping foto Hafiz bergambar di bersama kenderaan dan lokasi percutian mewah.

Bagaimanapun, Hafiz menerusi kenyataan kepada media sebelum ini menjelaskan harta tersebut bukan kepunyaannya.

Tindakan Hafiz membalas entri terbabit membuka ruang netizen untuk terus mencari kesalahannya.

“Ini kira memfitnah ke? Tanya je,” soal salah seorang pengguna.

Sumber: Astro Gempak