Tambang Pengangkutan RapidKL Diberi Percuma Selama Sebulan – PM

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam kendalian RapidKL iaitu Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel dan bas RapidKL ditawarkan secara percuma kepada Keluarga Malaysia selama sebulan, mulai hari ini.

Menurutnya, pemberian perkhidmatan secara percuma itu diharap dapat membantu meringankan beban kos sara rakyat dimana ramai yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, di sini.

Sumber: BERITA HARIAN