SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Turki Menyelamatkan Pelarian Yang Hampir Tenggelam Di Laut

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Gambar yang dirakam dari drone.

Sebuah Operasi yang dilakukan oleh Pengawal Selat Turki untuk menyelamatkan 25 orang pelarian yang diihantar oleh negara Greece di Laut Aegea untuk ditenggelamkan dirakam oleh drone.

Puluhan pelarian termasuk kanak-kanak berada di dalam kapal yang dibawa oleh Pihak ketenteraan Greece ke perairan wilayah Turki di Laut Aegea yang berjaya dikesan oleh kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) pada 9 November.

Dalam rakaman itu terlihat bahwa dua pengawal kapal selat Greece menolak bot yang membawa 25 pelarian dari perairan wilayah mereka untuk menuju ke perairan wilayah Turki. Kedua kapal itu kemudian meninggalkan kawasan itu menyebabkan kapal karam. Para pelarian akhirnya berjaya diselamatkan oleh TCSG-21 kapal pengawal selat Turki.

Turki telah menjadi pusat transit utama bagi pelarian yang bertujuan menyeberang ke Eropah untuk memulai kehidupan baru, terutama yang melarikan diri dari perang dan penganiayaan.

Turki awal tahun ini membuka pintu bagi pendatang tanpa izin yang ingin menyeberang ke Eropah, menuduh EU gagal menepati janji di bawah perjanjian migran 2016.

Turki ketika ini menjadi tuan rumah lebih daripada 3.7 juta orang Syria, menjadikannya negara penghijrahan pelarian tertinggi di dunia.

Sumber : Anadolu Agency

Terkini | Popular