UniSZA Universiti Pertama Di Terengganu Mendapat PerantiSiswa

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BESUT – Sebanyak 150 unit PerantiSiswa diedarkan kepada pelajar di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)) yang merupakan universiti pertama di Terengganu yang mendapat PerantiSiswa Keluarga Malaysia hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata,  inisiatif kerajaantersebut adalah  dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Menurut beliau, seramai 3,156 permohonan PerantiSiswa di Terengganu telah berjaya diluluskan berdasarakan permohonan yang dibuka pada fasa pertama sehingga Ogos baru-baru ini.

Beliau juga berkata, PerantiSiswa ini dapat membantu pelajar-pelajar terutamanya di kalangan B40 untuk melaksanakan tugasan hadiran mereka sebagai pelajar memandangkan tablet tersebut memang sangat penting pada masa kini.

Menurut rekod sehingga bulan Ogos, seramai 65,898 pelajar dari seluruh negara memohon kemudahan peranti di bawah Program Peranti Siswa Keluarga Malaysia sejak ia mula dibuka pada 1 Ogos lalu.

Noraini Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 45,341 permohonan layak menerima tablet manakala 20,557 permohonan sedang diproses.

“Jumlah keseluruhan pelajar di pusat pengajian tinggi di seluruh negara adalah 1.6 juta orang. Daripada jumlah tersebut, lebih 300,000 pelajar tersebut daripada keluarga B40 layak memohon kemudahan peranti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Bangunan Akademik dan Pentadbiran, Bangunan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, Taman Rimba Ilmu Ramah Bris (TRIBE) dan Agropreneur Incubator Park (AIP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut di sini, hari ini.

Dr. Noraini memberitahu, tablet tersebut diagihkan kepada pelajar secara berperingkat selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 3 September lalu.

Dalam pada itu, beliau memperingatkan agar pelajar yang berkelayakan masih berpeluang memohon kemudahan peranti tersebut sehingga akhir bulan ini.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM