Yaman Dan Sudan Antara 4 Negara Yang Menghadapi Ancaman Kebuluran Yang Kritikal

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Yaman merupakan negara yang telah menghadapi krisis kemanusiaan yang paling teruk kini sedang menghadapi kebuluran
Foto-MEMO

Negara Burkina Faso, Nigeria, Selatan Sudan dan Yaman kemungkinan akan segera menghampiri “fasa kebuluran” jika keadaan di sana terus mengalami kemerosotan dalam beberapa bulan mendatang, lapor agensi World Food Program (WFP) pada hari Jumaat.

Memetik laporan baru yang dikeluarkan oleh Organisasi Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) dan WFP, laporan yang terakhir ini memberi amaran akan ancaman keempat-empat negara yang menghadapi masalah gangguan makanan.

“Sebahagian populasi di 4 negara yang membimbangkan ini sedang mengalami situasi kelaparan yang kritikal, ditambah dengan laporan yang memperingatkan bahawa peningkatan konflik akan berlaku sebagaimana kurangnya bantuan kemanusiaan untuk dihulurkan yang boleh membawa kepada risiko kebuluran ” kata WFP.

Agensi PBB menyuarakan bahawa bukan empat negara ini sahaja yang mengalami situasi seperti ini, kerana masih ada 16 negara yang berisiko tinggi yang meningkat kadar kelaparan.

Negara-negara tersebut termasuk Venezuela, Haiti, Afghanistan, Syria, Lebanon, Sudan, Ethiopia, Somalia, Mozambique, Sierra Leone, Mali, Niger, Kamerun, Republik Afrika Tengah, Republik Demokratik Kongo, Zimbabwe.

“Tahap gangguan makanan mencapai tahap baru yang tertinggi di dunia, didorong oleh kombinasi pelbagai faktor,” kata WFP.

“Kombinasi toksik seperti  konflik, kemerosotan ekonomi, iklim yang ekstrem dan pandemik COVID-19” antara faktor yang menyumbang hingga ke tahap darurat.” Ujar WFP

“Kita mengalami bencana yang membawa titik perubahan. Sekali lagi, kita terpaksa menghadapi risiko kebuluran di empat bahagian dunia yang berlainan tetapi ia berlaku pada masa yang sama. Apabila kebuluran diisytiharkan, itu bermakna banyak nyawa yang telah hilang. “kata Margot van der Velden, pengarah kecemasan WFP.

“Tujuan laporan di tempat kritikal ini adalah agar tindakan segera dapat diambil sekarang untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar – atau siri darurat – dalam tempoh tiga hingga enam bulan bermula hari ini,” kata WFP.

Sumber : MEMO