Tajul Ariffin

Polis Kelantan Siap Siaga Pembukaan Sempadan Negara 1 April Ini

KOTA BHARU – Polis Kelantan bersiap siaga menguatkuasakan peraturan ketat khususnya di pintu sempadan negara jiran, apabila sempadan negara dibuka pada 1 April nanti. Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata polis bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) juga akan meningkatkan rondaan di kawasan strategik yang sering dijadikan sebagai pangkalan haram. …

Polis Kelantan Siap Siaga Pembukaan Sempadan Negara 1 April Ini Read More »

COVID-19: 85 Kematian Baharu Direkod, 23 BID

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 85 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi. Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan kini 34,329 orang, daripada 3.94 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 23 daripada kes kematian yang …

COVID-19: 85 Kematian Baharu Direkod, 23 BID Read More »

PKGK Pindah 8 Gajah Liar Tahun Ini

KUANTAN – Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang, Temerloh berjaya menangkap dan memindahkan lapan gajah liar di empat negeri sepanjang tahun ini. Kelantan mencatat jumlah tangkapan terbanyak iaitu empat ekor diikuti Johor (2) dan masing-masing seekor di Perak dan Terengganu. Ketua PKGK Kuala Gandah Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, …

PKGK Pindah 8 Gajah Liar Tahun Ini Read More »

RM7.6 Juta Jualan Pasar Tani Tahun Lalu

KUANTAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang mencatat jualan berjumlah RM7.6 juta hasil aktiviti perniagaan di 18 pasar tani sepanjang tahun lalu. Pengarahnya, Saiful Sadri, berkata terdapat lima pasar tani kekal dan selebihnya pasar tani mingguan di negeri ini membabitkan lebih 1,000 usahawan tempatan. Beliau berkata, pasar tani kekal terletak di Jerantut, Bera, Jengka, …

RM7.6 Juta Jualan Pasar Tani Tahun Lalu Read More »

Proses Tukar Rumput Stadium Nasional Bermula Januari 2023

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata proses penukaran rumput padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil dijangka bermula pada Januari tahun depan. Tunku Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelaskan projek yang ditaja beliau itu membabitkan belanja antara RM1.2 juta hingga RM1.4 juta dan dijangka siap …

Proses Tukar Rumput Stadium Nasional Bermula Januari 2023 Read More »

Kerajaan Lulus Pelaksanaan Kadar Gaji Minimum Baharu RM1,500 Sebulan Mulai 1 Mei – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM1,500 sebulan bermula 1 Mei ini di seluruh negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Perdana Menteri berkata, pelaksanaan gaji minimum itu bagaimanapun akan hanya membabitkan majikan syarikat besar dan tidak membabitkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). “Kos sara hidup semakin meningkat. Ini akan …

Kerajaan Lulus Pelaksanaan Kadar Gaji Minimum Baharu RM1,500 Sebulan Mulai 1 Mei – PM Read More »

Lebih RM400 Juta Baik Pulih Runtuhan Cerun di Jalan Persekutuan Seluruh Negara – Fadillah

YAN – Sebanyak 327 runtuhan cerun di sepanjang jalan-jalan persekutuan di seluruh negara telah dikenal pasti dan akan dibaik pulih dengan peruntukan keseluruhan dianggarkan lebih RM400 juta. Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kebanyakan jalan persekutuan yang terlibat adalah di negeri-negeri di Pantai Timur selain di Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. “Setakat …

Lebih RM400 Juta Baik Pulih Runtuhan Cerun di Jalan Persekutuan Seluruh Negara – Fadillah Read More »

Karnival Beautiful Terengganu 2022 Rancakkan Kembali Sektor Pelancongan Terengganu

HULU TERENGGANU – Karnival Beautiful Terengganu 2022 anjuran Kerajaan Negeri bersama Jabatan Perlancongan Negeri  rancakkan kembali industri Pelancongan Terengganu yang sebelum ini terkesan dengan pandemik Covid-19. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh, penganjuran karnival ini dapat memberikan pendedahan kepada pengunjung mengenai kepelbagaian produk dan perkhidmatan perlancongan di …

Karnival Beautiful Terengganu 2022 Rancakkan Kembali Sektor Pelancongan Terengganu Read More »

Puasa Tapi Tak Solat, Apa Hukumnya?

Daripada Muaz bin Jabal, Nabi SAW bersabda: “Penghulu segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.(Hadis Riwayat Bukhari) Dalam Islam, terdapat lima rukun Islam yang wajib dipatuhi dan dilakukan oleh semua Muslim. Antaranya ialah solat dan puasa. Sebahagian Ulama Menghukumkan Kafir: Solat merupakan tiang agama, jika ditinggalkan dengan sengaja maka sebahagian ulama’ yang mengambil pendapat …

Puasa Tapi Tak Solat, Apa Hukumnya? Read More »

3 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Samun Berkawan

KOTA BHARU – Tiga lelaki ditahan termasuk seorang daripadanya memiliki 13 rekod lampau berkaitan dadah bagi membantu siasatan tiga kes samun berkawan. Semua mereka ditahan secara berasingan awal pagi kelmarin oleh sepasukan pegawai dan anggota cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata …

3 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Samun Berkawan Read More »