Kelantan

Polis Kelantan siasat dakwaan serangan berlaku dari Malaysia

Kota Bharu: Polis Kelantan menjalankan siasatan di lokasi Pengkalan Haram Ikan Kering di Rantau Panjang yang didakwa digunakan pihak pemisah Thailand untuk melakukan serangan dalam kejadian awal pagi semalam di Tak Bai, Narathiwat. Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ia susulan dakwaan pihak Tentera Thailand mengatakan serangan terhadap pos tentera berkenaan dilakukan kumpulan pemisah …

Polis Kelantan siasat dakwaan serangan berlaku dari Malaysia Read More »

Bayi 1 tahun cetus kluster baharu di Tumpat

Putrajaya: Kes indeks membabitkan kanak-kanak kini dilihat semakin membimbangkan dan yang terbaharu seorang bayi perempuan berusia setahun menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Morak Palekbang di Tumpat, Kelantan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini kluster berkenaan sudah menjangkiti 34 individu. “Kes indeks bagi kluster ini ialah bayi perempuan warganegara Malaysia …

Bayi 1 tahun cetus kluster baharu di Tumpat Read More »

Pendaftaran vaksin rendah di Kelantan tidak tertakluk MySejahtera semata

Kota Bharu: Pendaftaran penduduk Kelantan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menerusi MySejahtera diakui rendah, namun kadar pendaftar sebenar tidak hanya bergantung kepada aplikasi itu. Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pihaknya menggerakkan pelbagai program yang mendekati rakyat untuk tujuan pendaftaran bagi menerima vaksin. Berikutan itu katanya, tiada …

Pendaftaran vaksin rendah di Kelantan tidak tertakluk MySejahtera semata Read More »

Penduduk sempadan Sungai Golok turut dengar bunyi letupan

Pasir Mas: Penduduk di sekitar Kampung Kubang Pak Itam, di sini yang berdekatan Sungai Golok, mendakwa turut mendengar bunyi dentuman dan tembakan hari ini, susulan serangan yang berlaku dekat pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat Seorang penduduk dikenali Omar, 42, mendakwa, letupan yang berlaku turut menggegarkan kediamannya yang terletak beberapa meter dari Sungai Golok, sempadan …

Penduduk sempadan Sungai Golok turut dengar bunyi letupan Read More »

Rakyat perlu tingkat kawalan kendiri – MB Kelantan

Kota Bharu: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengingatkan agar rakyat negeri itu sentiasa berwaspada dan meningkatkan kawalan kendiri berikutan peningkatan semula kes Covid-19 di negeri terbabit. Beliau turut menasihatkan rakyat supaya mengelakkan daripada terbabit dalam aktiviti berkumpulan dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. “Hari ini, Kelantan merekodkan kes harian sebanyak 915 kes, …

Rakyat perlu tingkat kawalan kendiri – MB Kelantan Read More »

Varian Delta mungkin faktor peningkatan kes Covid-19 di Kelantan

Kota Bharu: Kewujudan varian Delta dipercayai salah satu faktor yang menyebabkan trend peningkatan kes Covid-19 di Kelantan begitu ketara, sejak kebelakangan ini. Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata setakat ini varian berkenaan hanya dikesan di Pasir Puteh, namun tidak menolak kemungkinan ia turut tersebar di daerah lain termasuk Bachok dan Tanah Merah. Katanya, …

Varian Delta mungkin faktor peningkatan kes Covid-19 di Kelantan Read More »

MAFI bantu pasarkan 11,000 tan metrik pertanian

Pasir Mas: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu memasarkan 11,000 tan metrik hasil pertanian membabitkan nilai khidmat pemasaran sejumlah RM38.22 juta di seluruh negara bermula 25 Mei sehingga 29 Julai 2021. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, semua hasil pertanian yang …

MAFI bantu pasarkan 11,000 tan metrik pertanian Read More »

Istana Balai Besar dibuka untuk pemberian vaksin

Kota Bharu: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V memperkenan supaya pintu Istana Balai Besar, di sini, dibuka kepada rakyat jelata bagi tujuan kemudahan pelaksanaan program pemberian vaksin Covid-19. Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Tengku Azmi Tengku Jaafar berkata, Istana Balai Besar merupakan satu-satunya istana di Kelantan yang dibuka bagi tujuan tersebut. Beliau berkata, Program Vaksinasi Covid-19 …

Istana Balai Besar dibuka untuk pemberian vaksin Read More »

Wanita rugi RM11,700 tolong langsai bayaran kos kuarantin

Kota Bharu: Kemurahan hati seorang wanita ingin membantu ‘rakan lelaki’ yang baharu dikenali untuk melangsaikan bayaran kos kuarantin akhirnya memakan diri apabila dia diperdaya sindiket Love Scam. Wanita berusia lewat 30-an itu kerugian RM11,700 wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuat menerusi beberapa transaksi selepas ‘rakan lelakinya’ yang berasal daripada Eropah Timur …

Wanita rugi RM11,700 tolong langsai bayaran kos kuarantin Read More »