Kompas Kiblat

Hadis Sahih: Tidak Wajar Dicemari Sangkaan Salah

Hadis sumber kedua selepas al-Quran dan kewujudannya sehingga ke hari ini berdasarkan jaluran periwayatan yang sangat terpelihara. Sebarang bentuk pemahaman salah yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat awam tentang kedudukan hadis perlu diperbetulkan. Pemahaman salah terhadap hadis Rasulullah SAW boleh berlaku apabila wujud kesangsian yang cuba disebarkan kepada masyarakat mengenai status hadis yang sampai kepada …

Hadis Sahih: Tidak Wajar Dicemari Sangkaan Salah Read More »

Bukan Satu Kemegahan

Kepemimpinan adalah satu bentuk amanah yang penuh dengan tanggungjawab dan kewajipan. Ini selaras dengan kewajipan sebagai khalifah di atas muka bumi ini yang Allah kurniakan kepada manusia dengan misi membangun dan memakmurkan bumi yang terbentang luas ini. Kepemimpinan itu bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya adalah tanggung jawab yang cukup getir. Ia bukanlah satu kemegahan, tetapi satu …

Bukan Satu Kemegahan Read More »

Pempengaruh Muslimah dari Vienna, diserang kerana bertudung.

Baraa Bolat, Seorang wanita Muslim yang tinggal di ibu kota Austria, Vienna juga seorang pempengaruh media sosial dan youtuber mengalami kecederaan fizikal akibat serangan Islamophobia kerana memakai jilbab. “Situasi ini mengecewakan saya, saya benar-benar tidak tahu bagaimana caranya untuk bertindak balas kerana ini adalah kali pertama saya berada dalam situasi seperti itu,” kata Baraa Bolat …

Pempengaruh Muslimah dari Vienna, diserang kerana bertudung. Read More »

Halima Aden Kini Yakin Untuk Menceburi Rentak Dunia Baru, Dunia Rekaan Fesyen

Merasakan bahawa dunia peragaan bertentangan dengan nilai jati diri muslimahnya, Halima Aden, peraga fesyen terkenal yang berhijab ini memilih untuk tidak menyambung kontraknya dalam industri peragaan demi menjaga nilai keislamannya meskipun kerjayanya sebelum ini membawa pulangan yang lumayan. “Halima menyatakan bahawa sejak kecil lagi, dia mempunyai satu prinsip iaitu – ‘don’t change yourself, change the …

Halima Aden Kini Yakin Untuk Menceburi Rentak Dunia Baru, Dunia Rekaan Fesyen Read More »

Golongan Yahudi terus memasuki Masjid Al-Aqsa sempena menyambut Perayaan Sukkot

Golongan Yahudi yang sedang menyambut perayaan Hari Sukkot terus melakukan pencerobohan mereka dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa di bandar lama Jerusalem sekaligus menyebabkan warga Palestin nekad memberi amaran akan akibat buruk yang boleh berlaku sekiranya Israel terus berusaha mengubah status quo di tempat suci umat Islam, lapor Wafa News. Pihak autoriti Palestin iaitu Kementerian Hal Ehwal …

Golongan Yahudi terus memasuki Masjid Al-Aqsa sempena menyambut Perayaan Sukkot Read More »

Manuskrip tertua perubatan wujud di Perpustakaan King Abdulaziz, Arab Saudi

Siapa sangka salah satu manuskrip anatomi manusia yang wujud sejak abad ke-14 boleh ditemui di Perpustakaan Umum King Abdulaziz yang terletak di ibu kota Arab Saudi. Manuskrip tersebut yang bertajuk “Anatomi Tubuh Manusia”, adalah antara manuskrip yang tertua yang kandungannya mengandungi tatacara untuk membedah dan mengambil bahagian dalam tubuh manusia. Manuskrip ini ditulis oleh Mansur …

Manuskrip tertua perubatan wujud di Perpustakaan King Abdulaziz, Arab Saudi Read More »

11 000 Warga Dewasa Syria Hadiri Kursus Membaca

Seramai 11,000 orang dewasa telah berjaya belajar membaca dalam tempoh dua bulan melalui kursus literasi yang dianjurkan oleh pihak majlis bandaraya di kawasan barat laut Syria, wilayah Al-Bab. Majlis Bandaraya tersebut telah memulakan kursus untuk warga dewasa yang tidak dapat membaca atau menulis di daerah itu pada bulan Julai dan sebanyak 11,000 orang telah mendaftar …

11 000 Warga Dewasa Syria Hadiri Kursus Membaca Read More »

Korban Taufan Ida meningkat 50 orang di Amerika Syarikat

 Jumlah kematian akibat Taufan Ida, yang melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada sekurang-kurangnya 50 orang. Lapor Al Jazeera, pihak berkuasa di selatan Louisiana pula sedang berusaha memulihkan semula bekalan elektrik yang terputus akibat taufan itu sehingga menjejaskan ratusan ribu penduduk. Menurut jurucakap bagi Gabenor Kathy Hochul, seramai 17 orang disahkan meninggal dunia di …

Korban Taufan Ida meningkat 50 orang di Amerika Syarikat Read More »