Pahang

Pekebun tembikai dakwa berdepan kerugian

Kuantan: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara menghantui 17 pekebun tembikai di Kampung Ubai, di sini, kerana bimbang hasil tanaman mereka tidak dapat dipasarkan mengikut jadual. Malah, mereka mendakwa bakal berdepan kerugian akibat buah rosak kerana gagal dipasarkan seperti awal tahun lalu, tambahan pula berlaku lambakan buah tembikai berkenaan. Pekebun Ain Izuadin Mohd …

Pekebun tembikai dakwa berdepan kerugian Read More »

Warga asing kantoi beli dokumen rentas negeri palsu RM200

Bentong: Dua lelaki warga asing kantoi apabila didapati menggunakan dokumen rentas negeri palsu yang dibeli dengan harga RM200 ketika diperiksa di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Bentong menghala ke Kuantan di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada …

Warga asing kantoi beli dokumen rentas negeri palsu RM200 Read More »

Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid, surau di Pahang

Kuantan: Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) membenarkan solat sunat Aidilfitri dilakukan di masjid dan surau di negeri ini, dengan kapasiti jemaah seramai 50 orang serta 20 orang sahaja. Pengarahnya Datuk Dr Zulkifli Ali berkata, kehadiran jemaah juga ditentukan secara jemputan oleh pengurusan masjid dan surau. Menurutnya, pintu pagar masjid dan surau perlu ditutup selepas solat …

Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid, surau di Pahang Read More »

Harga daging rendah, tapi kurang pelanggan

Jerantut: Walaupun harga daging segar hanya RM34 sekilogram, jualan peniaga di Pasar Jerantut menurun berikutan kurang pelanggan berbanding dua tahun sebelum ini. Situasi itu dipercayai akibat lpelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 menyebabkan pergerakan penduduk terbatas selain anak rantau tidak pulang ke kampung. Malah, kehadiran peniaga daging yang menjual di luar pasar turut mengancam rezeki …

Harga daging rendah, tapi kurang pelanggan Read More »

Suami terlantar sakit, Aidilfitri disambut suram

Jerantut: Bukan hanya hilang punca pendapatan, tiga beranak dari Kuala Lumpur kini terpaksa bergantung kepada keluarga di Felda Kota Gelanggi Dua di sini, selepas si suami terlantar akibat pelbagai jenis penyakit. Wati Toshan, 33, berkata, mereka pulang ke rumah keluarga mentuanya tahun lalu selepas suaminya, Mohd Ridzuan Mohd Yassin, 44, tidak mampu bangun dan rawatan …

Suami terlantar sakit, Aidilfitri disambut suram Read More »

Rahsia patung beruang terbongkar

Pekan: Tindakan ‘berfikir di luar kotak’ dengan menyembunyikan dadah dianggarkan lebih 250 gram bernilai RM26,620 di dalam patung beruang bagi mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar selepas polis menyerbu rumah di Kampung Pandan, Nenasi di sini, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Razli Mohd Yusof berkata, dalam serbuan sekitar 1.15 pagi pada 7 Mei …

Rahsia patung beruang terbongkar Read More »

Anggap Covid-19 bukan wabak serius punca kes naik

Kuantan: Sikap acuh tak acuh penduduk, malah ada yang menganggap Covid-19 bukan wabak serius menyebabkan daerah ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penularan pandemik terbabit. Menteri Besar Pahang Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau terkilan dengan sikap penduduk yang sedemikian hingga menyebabkan berlakunya peningkatan kes setiap hari. “Pada pandangan saya, peningkatan kes ini …

Anggap Covid-19 bukan wabak serius punca kes naik Read More »

JKNP keluarkan 106 notis perintah hadir mahkamah terhadap peniaga

Kuantan: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mengeluarkan 106 notis perintah hadir ke Mahkamah dengan nilai kompaun RM18,000 terhadap pemilik premis dan pengendali makanan yang didapati gagal mematuhi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Tindakan berkenaan diambil hasil Operasi Ramadan 2021 di seluruh negeri itu bermula 13 April lalu hingga semalam. Pengarah JKNP Datuk Dr Bahari Awang Ngah …

JKNP keluarkan 106 notis perintah hadir mahkamah terhadap peniaga Read More »

Bina jambatan 17 jam

Jerantut: Kepakaran 60 anggota termasuk dua pegawai pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dari Skuadron Ke-9 RAJD, Kem Terendak, Melaka dan Skuadron Ke-11 RAJD (Mekanize), Kem Batu 3, Mentakab berjaya menyiapkan Jambatan Compact Bailey 100 di Kampung Sungai Putat, dekat sini, dalam tempoh 17 jam. Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan jambatan …

Bina jambatan 17 jam Read More »

Tentera, anak lelaki maut kemalangan di LPT

Kuantan: Seorang anggota tentera dan anak lelakinya maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux di KM137.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala Kuantan di sini, pada Jumaat. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, Mohamad Kausa Mustafa, 36, dan anaknya Muhammad Ridwan yang berusia lima …

Tentera, anak lelaki maut kemalangan di LPT Read More »