Pahang

Bekas kakitangan Felcra didakwa palsu akaun majikan

Kuantan: Seorang bekas Penolong Eksekutif Pembangunan Peserta Felcra Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menipu dan memalsukan butiran buku akaun milik majikannya, tiga tahun lalu. Tertuduh Mohd Haire Aw Sudin, 43, yang berasal dari Temerloh, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain. Mengikut …

Bekas kakitangan Felcra didakwa palsu akaun majikan Read More »

Pelaksanaan projek di Maran tidak memuaskan

Maran: Sebanyak 61 projek yang dirancang bagi memberi manfaat secara langsung kepada penduduk di daerah ini tidak dilaksanakan sehingga tahun lalu. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata, jumlah itu sangat mengecewakan dan berharap semua projek itu dapat diteruskan bagi tempoh Rancangan Fizikal Negara (RFN) ke-4 yang sedang …

Pelaksanaan projek di Maran tidak memuaskan Read More »

Bantuan disambut penuh kesyukuran

Lipis: Pelbagai bantuan dan inisiatif disediakan Risda untuk membantu pekebun kecil menjana pendapatan disambut dengan rasa syukur oleh penerima. Pekebun kecil yang ditemui menyifatkan bantuan itu banyak memberi faedah kepada mereka dan turut meningkatkan pendapatan bulanan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penerima Bantuan Program Tanam Semula Getah, Ismail Ali, 58, berterima kasih kepada Risda yang …

Bantuan disambut penuh kesyukuran Read More »

Lima individu termasuk suami isteri ditahan edar dadah

Kuantan: Lima individu termasuk suami isteri ditahan kerana terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah dalam serbuan di Bera, Pahang dan Ipoh, Perak pada 6 April lalu. Kesemua mereka berusia 19 hingga 48 tahun ditahan bersama dadah, wang tunai dan barang kemas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM93,217. Dalam tangkapan pertama, sepasukan anggota polis menahan sebuah kereta dinaiki …

Lima individu termasuk suami isteri ditahan edar dadah Read More »

Pahang sedia cabutan bertuah galak daftar vaksinasi

Kuantan: Kerajaan negeri Pahang mengambil inisiatif mengadakan cabutan bertuah bagi menggalakkan penduduk negeri itu mendaftar sebagai penerima vaksin melalui laman web Sistem Imunisasi Covid-19 Pahang (SICP). Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, cabutan bertuah itu menawarkan hadiah baucar bernilai RM1,000 bagi setiap pendaftar ke-50,000 dan 100,000 sehingga pendaftaran mencapai sasaran ditetapkan iaitu …

Pahang sedia cabutan bertuah galak daftar vaksinasi Read More »

Remaja dikompaun RM3,000 ingkar PKPD

Pekan: Remaja lelaki dikompaun RM3,000 kerana didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) apabila melompat keluar kawat berduri di Taman Mentiga Jaya, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof berkata, berdasarkan laporan, perbuatan remaja berusia 18 tahun terbabit dikesan pasukan Pemantau Team Alpha Covid 19 pada 9.40 malam. Katanya, remaja …

Remaja dikompaun RM3,000 ingkar PKPD Read More »

RM111,300 lesap angkara ‘ACP Afiq’

Bentong: Didakwa mempunyai tunggakan cukai oleh ‘pegawai’ Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), seorang lelaki kerugian RM111,300 selepas terperdaya dengan helah sindiket Macau Scam. Dalam kejadian kelmarin, mangsa yang berusia 52 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang wanita dengan memperkenalkan diri sebagai nama Anisah Hasan dan mengaku dari LHDN Putrajaya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang …

RM111,300 lesap angkara ‘ACP Afiq’ Read More »

PHD tanam 10,000 pokok di kawasan hutan simpan yang diceroboh

Raub: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub menanam lebih 10,000 pelbagai spesies pokok balak dalam kawasan yang diceroboh di Kompartmen Satu, Hutan Simpan Sempam, Mukim Tras, di sini. Kawasan seluas 16.2 hektar itu diteroka secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengusahakan tanaman pisang, durian klon jenis Musang King dan Duri Hitam. Pegawai PHD Raub Shahril …

PHD tanam 10,000 pokok di kawasan hutan simpan yang diceroboh Read More »

80 Mangsa Ribut Terima Bantuan Kerajaan Pahang

KUANTAN, 12 APRIL 2021: Seramai 80 mangsa dalam kejadian ribut pada 25 Mac lalu di Balok menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Pahang berjumlah RM58,000. YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan tersebut diberikan kepada semua mangsa bagi meringankan bebanan mereka terutama melibatkan kerosakan kediaman masing-masing. “Alhamdulilah Kerajaan Negeri telah …

80 Mangsa Ribut Terima Bantuan Kerajaan Pahang Read More »

Tidak boleh berbuka puasa di padang MBK 1

Kuantan: Kerajaan negeri tidak membenarkan orang ramai berbuka puasa di padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)1, di sini, sepanjang Ramadan ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata, keputusan itu bertujuan menyekat penularan wabak Covid-19 yang masih berlaku. “Kerajaan negeri meminta umat Islam di daerah ini yang berhasrat berbuka puasa di …

Tidak boleh berbuka puasa di padang MBK 1 Read More »