Tinta Sastera

Cintai Alam Sekitar

Wahai adikku dengarlah kakak berpesan,Kelak dirimu jadikan panduan,Cintailah keindahan jagalah kebersihan,Persekitaran indah tiada pencemaran. Wahai adikku dengarlah tuan,Bumi ini amanah Tuhan,Jangan suka membuat kerosakan,Nyawa terancam menganggu kesihatan. Kempen kebersihan bersama dihayati,Udara nyaman pasti dinikmati,Sihat badan wajah berseri,Negara aman hidup harmoni. Jadilah warga bertimbang rasa,Kepada alam membuat jasa,Tanah dan tumbuhan dipelihara,Kerosakan tiada bumi sejahtera. Tanah, udara …

Cintai Alam Sekitar Read More »

Nasib Si Pemuda

Seloka Wahai pemuda apalah nasibmu,Memberi cinta kepada si dia,Hingga membuat dirimu merana, Mengapa cinta bertaut padanya,Hanya sesaat wujud rasa cinta,Sungguh bahagia bersama dia,Walaupun hanya seketika saja, Ini adalah perjalanan masa,Hari berkasihan telah berlalu,Tidakku mengerti dengan rasa ini,Dibuai rasa benci dan sayang, Segala yang jauh akan merapat,Segala yang dekat akan pergi,Mudahnya dia berkata-kata,Senangnya dia berpaling tadah,Tanpa …

Nasib Si Pemuda Read More »

Seorang Guru

Inilah kisah pendidik bangsa,Sedia berbakti tak kira masa,Menabur ilmu menabur jasa,Menjadi penyuluh setiap masa. Inilah kisah kerjaya mulia,Mendidik mengajar selagi terdaya,Ibarat lilin memberi cahaya,Bukan balasan harta memintanya. Guru itu sanggup berbakti,Membentuk insan mulia pekerti,Kejayaan murid sangat bererti,Jasa dikenang sampai ke mati. Dengarlah anak guru berpesan,Hidup ini punya batasan,Jangan diikut sembarangan insan,Takut kelak meninggalkan kesan. Jika …

Seorang Guru Read More »

Ramadan Kareem

Pergi ke taman melihat bintang,Sambil tangan memegang kamera, Bulan Ramadan kembali datang,Banyakkan ibadat wahai saudara. Kakak membawa sepinggan kentangDibawa perlahan-lahan meniti tangga, Hari pertama Terawih ramai jemaah datang,Masjid dipenuhi sampai ke tangga. Letak kerusi di tepi beranda, Berbual sebentar bersama saudara, Membeli juadah biar berpada-pada, Elakkan membazir wahai saudara. Perkahwinan abang mendapat tajaan,Ramai ahli keluarga …

Ramadan Kareem Read More »

Rumah Agam

Titisan air jernih menitis ke tanah dan awan mendung menyelubungi bumi begitulah perasaan yang di alami oleh seorang pesakit lelaki di hujung katil itu. Tiada yang menjenguk apatah lagi duduk disisinya. Jiwanya kini ibarat kertas putih yang kosong tiada sebarang tulisan atau warna-warni. Kelihatan seorang wanita yang berpakaian putih memeriksa keadaan lelaki itu yang masih …

Rumah Agam Read More »

Sebuah Kisah

Sebuah kisah tentang kasih sayang, Yang dialami oleh seseorang, Hubungan kita seperti sekarang, Wujud perasaan cinta dan sayang. Inilah kisah tentang percintaan, Yang penuh dengan pelbagai dugaan, Hari bahagia hari berkasihan, Bermesra-mesra di hari perkelahan. Sungguh indahnya memadu kasih, Sehingga dapat membelai kasih, Mekarnya cinta sebanyak buih, Tanpa adanya perasaan sedih. Inilah kisah suatu cerita, …

Sebuah Kisah Read More »

Jenaka

Ke pasar membeli gunting,  Jangan lupa membeli pita, Sangatlah heran si induk kucing,  Melihat tikus naik kereta. Di sini kosong di sana kosong,  Tak ada batang tembakau, Bukan saya berkata bohong,  Ada katak memikul kerbau. Sungguh sedap makan ketupat,  Kiriman dari kakak ipar, Kami anak keempat,  Rajin belajar dan pintar-pintar. Katak jantan segak berkaca,  Si …

Jenaka Read More »

Hari Ini

Hari ini hari gembira,Peristiwa indah terlihat mesra. Hari ini hari bahagia,Melihat dia bersuka ria. Hari ini hari mulia,Memandang wajahnya penuh ceria. Hari ini hari berduka,Bersama dengan dia suka. Cinta bertaut di dalam hati,Diri ini sedang menanti. Kasih diberi sebagai tanda,Cinta berputik tak pernah ada. Kasih diberi kerana sayang,Walaupun dirimu berlaku curang. Mengikat janji hidup bersama,Hanyalah …

Hari Ini Read More »

Racun Rasuah

Haris merebahkan badannya di atas sofa putih yang baru dibeli minggu lepas. Matanya melihat ke luar tingkap lutsinar di tepi sofa itu. Bunyi guruh di luar rumah mula kedengaran tanda hujan akan mulai turun malam itu. Seketika dia mengelamun panjang. Matanya masih melihat ke luar tingkap, namun akal fikirannya tenggelam memikirkan perkara yang dikerjakan selama …

Racun Rasuah Read More »

Nasihat

Jagalah hati jagalah lisannya,   Agar tak hidup dalam penyesalannya. Kurang fikir kurang siasat,   Tentu hidup mu kelak tersesat. Barang siapa barang menuntut ilmu,   Tak akan ada manusia menipumu. Barang siapa barang tak ikhlas bersahabat,   Pasti persahabatan tak terjalin hebat. Barang siapa tak bercakap benar,   Hidupnya tak akan bersinar. Jagalah prinsip jagalah keimanan,   Agar tak hidup …

Nasihat Read More »