Dua Struktur Telekomunikasi Baharu Di Kotasas Siap Beroperasi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Sebanyak dua struktur komunikasi yang baharu telah siap beroperasi sejak tahun lepas yang terletak di Presint 3 dan Presint 5, KOTASAS di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, pada masa sama, dua lagi struktur sedang dalam pelaksanaan iaitu yang terletak di Presint 2 dan Presint 7.

“Struktur di Presint 2 akan mula beroperasi penghujung Febuari 2022 ini dan di Presint 7 telah pun disiapkan struktur sementara pada bulan Disember yang lalu. Struktur kekal di Presint 7 ini dalam peringkat pelaksanaan,” katanya di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff

Beliau berkata, selain daripada liputan di sekitar KOTASAS, lokasi utama yang menjadi tumpuan Kerajaan Pahang dan SKMM adalah perkhidmatan komunikasi di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) sebagai Pusat Pentadbiran utama baharu Kerajaan Negeri Pahang.

“Dalam usaha ini, SKMM bersama-sama pihak Telco dan Kerajaan Pahang sedang menyelaras sebaik mungkin bagi memastikan pelaksanaan sistem In Building Coverage (IBC) seperti yang dirancangkan dan berkesan memenuhi keperluan perkhidmatan komunikasi didalam bangunan PPSAS.

“Pelaksanaan ini dirancang dibawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang telah dilaksanakan secara bersama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan Kerajaan Negeri Pahang bersama syarikat Telco dan TNB,” katanya.

Sementara itu katanya, dalam perancangan masa hadapan, KOTASAS turut dijadikan sebagai kawasan sasaran dan keutamaan bagi pelaksanaan projek 5G Negeri Pahang.

Sumber: PAHANGMEDIA