SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Israel ingin tukar tahanan mereka dengan makanan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Pemimpin Hamas Mahmoud al-Zahar sedanf menyampaikan pidato dalam sebuah acara yang dianjurkan sempena Hari Wanita Antarabangsa di Bandar Gaza, Gaza pada 8 Mac 2017 [Mustafa Hassona / Anadolu Agency]

Anggota Biro Politik Hamas Dr Mahmoud Al-Zahar mengumumkan bahawa pihak penjajah Israel sedang berusaha untuk menukar tahanan mereka dari pihak Palestin dan sebagai balasannya mereka akan menggantikan dengan makanan.

Menurut Al Watan Voice, Dr Mahmoud mengungkapkan bahawa: “Penjajah Israel benar-benar mengalami krisis setelah dikalahkan oleh pihak pertahanan Palestin dalam pertempuran terbaru yang berlaku baru-baru ini, serta tidak ada pencapaian untuk dibanggakan.”

Mengenai ancaman Israel untuk melakukan serangan baru di Gaza, beliau menekankan bahawa “serangan tidak akan terjadi kerana pemerintah Israel terdiri dari parti gabungan yang terpecah-belah, dan , mereka sedar bahawa ancaman mereka tidak membuahkan hasil,” memetik serangan terbaru yang berlaku pada 11 dan 21 Mei.

Baca juga : Wanita Muslim India ‘Dilelong’ Di Laman Web

Dr Mahmoud menyatakan bahawa gerakan mereka sedar bahawa penjajah Israel hidup dalam keadaan lemah, ragu-ragu, dan hilang harapan,” serta menekankan bahawa pihak penjajah Israel juga sedar bahawa sebenarnya ada kuasa yang mampu menentang kesombongan mereka . “

Kerana itu pihak Israel memberi tekanan kepada pihak lawan melalui makanan dan ubat-ubatan.”

Pegawai kanan Hamas menegaskan bahawa pihak lawan akan mencari strategi baru untuk mendorong pihak penjajah Israel melaksanakan tanggungjawabnya.

Sumber: MEMO