Khabib Nurmagomedov : Pendakwah dalam arena sukan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sumber : facebook

Khabib Nurmagomedov telah dikenali sebagai seorang petarung yang hebat kerana sehingga hari ini beliau sekalipun tidak pernah dikalahkan lawan. Perlawanan beliau kali ini adalah tanpa sokongan dan dorongan ayahnya yang merupakan jurulatih beliau kerana meninggal atas faktor covid-19.

Beliau telah mengejutkan umum dengan mengumumkan persaraanya selepas memenangi perlawanan dengan Justin Ghaethje. Dalam acara utama UFC 254 di Abu Dhabi pada ahad waktu tempatan, pusingan pertama menyaksikan ketangkasan Khabib begitu sukar untuk ditandingi oleh Gaethje. Pada pusingan kedua, Khabib berjaya membuat ‘takedown’, merebahkan lawannya itu ke kanvas Octagon. Berundur di saat berada di puncak bukanlah satu kekalahan buat Khabib, tetapi ia satu kemenangan. Kemenangan kerana beliau menang tanpa pernah terkalahkan dan tanpa tandingan.

Antara 8 perkara yang kita boleh pelajari dari Khabib ialah :

Sumber : Sportsnet
  • Meletakkan Allah sebagai yang tertinggi dalam kehidupan

Sebagai seorang petinju, beliau berusaha untuk menghormati hak-hak Allah, tidak melanggar suruhan dan ajarannya. Lafaz ‘ Alhamdulillah’ sering keluar dari bibirnya . Antara kata-kata azimat beliau :- When Allah is with you, Nobody can beat you, You have to believe this”. Beliau juga sering mengangkat simbol syahadah ketika bergambar yang menunjukkan simbol kepercayaan kepada yang satu. Bukan itu sahaja, setiap kali menang selepas perlawanan, beliau akan terus sujud syukur.

  • Mempunyai jati diri

Sebagai seorang Muslim kemana-mana pun kita pergi, kita adalah duta Muslim. Setiap perkara yang kita lakukan kita membawa nama agama. Beliau pernah diejek lawannya Conor Mcregor  di satu persidangan umum yang mempelawa beliau untuk minum bir ( perlakuan yang menghina Muslim) namun Khabib kelihatan tenang dan tidak membalas perkataan lawannya. Selain itu, beliau juga pernah diajak bersalaman oleh atlet wanita MMA Australia iaitu Megan Anderson. Namun Khabib tidak menerima perlawaan salam tersebut kerana itulah pendirian seorang Muslim.

  • Bersungguh-sungguh dalam mencapai sesuatu.

Sejak kecil lag , beliau telah berlatih dengan agresif atas bantuan bapanya sebagai jurulatih. Beliau sering mendaki gunung bahkan berlawan dengan beruang. Ini menunjukkan komitmen, disiplin serta keinginan yang teguh sangat penting dalam mencapai kejayaan. Beliau mungkin ada bakat dalam bertinju, namun tanpa usaha keras beliau tidak akan capai ke tahap ini. Beliau memecahkan rekod kerana sepanjang perlawanan beliau tidak ada setitis darah yang tumpah. Sehingga perlawanan beliau yang ke-29 pun, tidak pernah sekali beliau dikalahkan. Hanya beliau yang menggugah dan mengalahkan lawan.

  • Menghormati ibu bapa

Jelas dilihat bahawa beliau seorang yang rapat dan patuh pada keluarganya. Beliau menghormati kehendak janji ibunya untuk berhenti bertarung dan berjanji bahawa perlawanan beliau di UFC adalah perlawanan beliau yang terakhir. Dalam ucapan terakhir beliau menyatakan ” Sekarang ini saya saya hanya ada ibu sahaja  Saya ingin menghabiskan masa lebih banyak dengannya” kata beliau. Khabib turut menasihati sahabat lawannya “Saya menghormati anda Justin sebagai petarung yang baik. Rapatlah dengan ibu bapa anda. Kerana anda tidak tahu apa yang bakal terjadi pada esok hari.”

Beliau turut menubuhkan pusat Latihan yang dinamakan atas bapanya bagi mengahrgai jasa bapanya yang penuh semangat mengajarkan beliau.

  • Berprinsip & menepati janji

Beliau pernah ditawarkan dengan  bayaran yang lebih tinggi dari syarikat lain untuk menaungi beliau, namun beliau menolak. Meskipun beliau boleh berbuat begitu, namun beliau tidak memilihnya kerana mengenang jasa syarikat yang telah menaikkan beliau dari awal.

  • Berdakwah dalam apa jua yang kita ceburi

Sukan tinju sering dilihat sebagai sukan yang penuh keangkuhan, tidak bermoral dan penuh kontroversi. Yang menang akan berbangga, yang kalah akan merana. Namun tidak bagi Khabib, beliau melihat ruang ini sebagai ruang dakwah. Dengan memasuki bidang sukan ini, beliau ingin mengubah persepsi bahawa setiap sukan boleh dimainkan dengan baik, dan menjadi ruang dakwah.  Beliau turut berdakwah kepada rakan-rakanya sehingga sering rakan-rakannya sering berkunjung terhadap tempatnya di Dagestan.

  • Menjadikan kematian pendorong kehidupan

Apabila ditanya, kenapa beliau ingin bersara beliau menyatakan bahawa beliau adalah seorang helang dan mahu terbang bebas. Suatu saat nanti beliau akan mati dan beliau ingin menghabiskan masa dengan orang sekelilingnya iaitu ahli keluarga, rakan, orang kampung. Beliau tidak ingin mengejar cita-cita yang gila. Untuk beliau memulakan hidup baru, beliau tidak perlu banyak benda.

  • Tidak angkuh dan sombong

Beliau sudah mempunyai segalanya. Beliau ingin mencapai kehidupan baru kerana beliau telah menikmati apa yang telah dicapai. Kekayaannya tidak menyebabkan beliau sombong dan lupa diri. Pada perlawanan terakhir beliau, beliau mendapat wang berjumlah hampir 25 juta. Sering kali kita dengar kisah orang kaya yang sombong dan meninggi diri selepas mendapat kekayaan, namun tidak bagi Khabib, semakin tunduk semakin berisi.

Kini, Khabib mungkin tidak lagi berada di atas pentas sukan. Namun ruh dan semangatnya akan terus kekal. Bagi para ahli sukan, contohilah Khabib dalam dunia kesukanan. Kuatkan jati diri dan teruskan berdakwah serta menaikkan agama dalam bidang sukan!

Buat sang helang yang tidak pernah tewas, Anda akan terus menjadi inspirasi setiap masa!