Tips Untuk Dapatkan Waktu Tidur Yang Lebih Berkualiti

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Perasan tak, kadang-kadang korang tidur lebih daripada 8 jam. Kononnya nak dapat rehat yang secukupnya. Tapi, esok hari masih rasa lemah longlai, pening kepala dan penat.

Lebih-lebih lagi apabila korang bakal lalui hari yang penuh dengan aktiviti. Terus rasa badan tu tak larat sangat. Admin selalu sangat rasa macamni. Tsk. Tsk.

Jadi, admin pun buatlah research sikit, apa yang kita boleh lakukan untuk dapat waktu tidur yang berkualiti. Jom try sama-sama.

1. Ciptakan ritual tidur

Mungkin korang boleh dengar muzik yang ringan, baca buku ataupun manjakan diri dengan berendam di tab mandi berisi air hangat-hangat suam gitu. Nak best lagi, korang boleh pasangkan lilin-lilin wangi sekitar tab mandi. Confirm layan!

Lakukan aktiviti ini sekitar 15-30 minit sebelum waktu tidur.

2. Jangan jadikan bilik tidur sebagai ‘bilik serbaguna’

Maksudnya di sini, bilik tidur perlu dikhususkan untuk korang berehat dan tidur. Jangan letak televisyen, komputer, meja kerja dan peralatan elektronik terutamanya dalam kamar korang.

Rasionalnya, peralatan itu semua bakal memberi signal kepada otak anda untuk ‘tidak tidur’.

3. Katakan tidak pada kafein & alkohol!

Kopi, teh, coklat dan minuman soda dapat menstimulasi tubuh untuk tetap terjaga. Sebaiknya jangan ambil kafein sekitar 4 sehingga 6 jam sebelum waktu tidur anda. Begitu juga dengan nikotin dan alkohol.

4. Lakukan aktiviti olahraga

Tubuh badan yang selalu aktif secara fizikal pada waktu siang sangat membantu untuk memastikan korang mendapat tidur yang nyenyak di malam hari. Tapi, jangan pula korang berolahraga masa dah nak tidur sebab ia bakal memberi signal yang salah kepada otak kerana tubuh korang masih belum berada dalam keadaan relax!

5.  Jika susah untuk lelap, jangan hanya berbaring di atas katil!

Kadang-kadang dah 20 minit baring, mata masih susah nak tidur. Puas bergolek atas katil pun masih tak dapat feel nak berehat. Solusinya, korang bangun dari katil dan pergi ke tempat lain yang tenang untuk duduk atau berbaring sampailah rasa mata korang dah ready untuk lelap.

Tapi, jangan pula main telefon ya!

Sumber: Oh Bulan