230 kanak-kanak Palestin telah ditahan Israel pada tahun 2021

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Berdasarkan laporan oleh Persatuan Tawanan Palestin (PPS) , Israel terus bertindak kejam dengan menahan kanak-kanak Palestin berterusan pada tahun 2021 di mana pihak berkuasa telah menahan 230 kanak-kanak sejak awal tahun ini,

Laporan itu dikeluarkan sehari sebelum Hari Kanak-kanak Palestin bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai nasib kanak-kanak Palestin, “yang tidak dapat menikmati hak asas mereka kerana penjajahan Israel,” menurut agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Penangkapan tersebut tertumpu di kota Jerusalem yang dijajah, kata PPS, yang memantau keadaan tahanan di penjara Israel. Kumpulan hak asasi tersebut menyatakan bahawa kebiasaannya tahanan akan dibebaskan dengan jaminan atau dengan memindahkan mereka ke tahanan rumah.

“Kanak-kanak yang dipenjarakan mengalami berbagai bentuk penganiayaan, termasuk tidak dibenarkan makan dan minum selama berjam-jam, dan ditahan dalam dibiarkan dalam keadaan yang menyeksakan,” katanya.

Pertahanan Kanak-kanak Antarabangsa (DCI) Cawangan Palestin memberitahu dalam satu kenyataan bahawa 85% kanak-kanak yang ditangkap tahun lalu “mengalami penderaan fizikal.”

Organisasi tersebut juga turut melaporkan 27 kes yang mana pihak Israel telah menahan kanak-kanak dan mengurung mereka secara bersendirian dengan alasan untuk tujuan penyiasatan selama dua hari atau lebih pada tahun 2020, sambil menyatakan bahawa tindakan ini adalah satu tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Selain itu, mereka juga turut melakukan pendokumentasian mengenai perintah tahanan pentadbiran tanpa tuduhan atau perbicaraan terhadap 36 kanak-kanak sejak Oktober 2015, yang mana dua di antara kanak-kanak tersebut masih berada dalam tahanan, dan kesan daripada tindakan itu telah membunuh seramai sembilan orang kanak-pada tahun 2020.

Dianggarkan 4400 orang Palestin dipercayai ditahan di penjara Israel, termasuk 39 wanita dan 350 tahanan pentadbiran, menurut data rasmi Palestin.

Penahanan pentadbiran membolehkan pihak berkuasa Israel memperpanjangkan penahanan seorang tahanan tanpa pertuduhan setelah berakhirnya hukuman, yang antara dua hingga enam bulan.