2,400 Pengambilan Guru ‘One-Off’ Diisi Guru Kontrak Perkhidmatan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,400 daripada 18,702 pengambilan guru secara one-off akan diisi oleh guru kontrak perkhidmatan (COS) yang bakal tamat kontrak pada Jun ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi, tawaran kepada calon yang berjaya dalam pengisian jawatan berkenaan akan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sebelum hujung bulan ini.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan baru akan mendapat maklumat terkini daripada SPP berkaitan pengisian ini. Insya-Allah tawaran kepada calon yang berjaya akan dibuat SPP sebelum 31 Mei 2022.

Mengenai status terkini pengambilan guru secara one-off  itu, Radzi berkata sehingga pada 11 Mei, KPM sudah menempatkan seramai 13,770 guru di sekolah seluruh negara.

Katanya, lebih seramai 2,500 perjawatan tersebut ia akan diisi oleh guru yang mengajar mata pelajaran yang sukar mendapat bekalan guru daripada pasaran termasuk Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni Visual serta mata pelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Sumber: BERNAMA