Air percuma untuk 1.33 juta rakyat Terengganu sempena Aidilfitri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri bersetuju memperluaskan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu untuk penggunaan domestik sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia dijangka memberi manfaat kepada lebih 1.33 juta rakyat terdiri isi rumah kategori rumah tangga membabitkan peruntukan hampir RM570,000 bagi tempoh sebulan bermula 1 Mei lalu.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini memberikan bekalan air percuma 20 meter padu kepada penerima bantuan eKasih, Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan penduduk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Ia bagi membantu rakyat negeri ini menghadapi suasana hari raya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta dalam situasi pandemik Covid-19.

“Inisiatif ini diharapkan dapat meringankan impak keadaan ekonomi akibat wabak Covid-19 yang melanda dan sebagai tanda simpati serta prihatin kerajaan terutama di musim sambutan Aidilfitri tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook.

Sumber: My Metro