Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi, namun kemudiannya merosot berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih yang mengetepikan peningkatan awal itu, kata peniaga. Pada 9.23 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.94 mata kepada 1,520.09 daripada 1,524.03 sewaktu ditutup pada Selasa, selepas dibuka 2.0 mata lebih tinggi kepada 1,526.03. …









