‘Bakar Plastik Direct? Have Fun With Cancer’ – Netizen Tegur Cara Penyediaan ‘Bubble Tea’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Oleh Najmi Mamat

Sudah menjadi pilihan ramai untuk mencuba menu baru apabila fenomena minuman ‘bubble tea’ atau teh mutiara mula menjadi tarikan penggemar minuman sohor kini.

Lebih mengujakan, fenomena ini dilihat sebagai peluang untuk mereka yang minat mengusahakan perniagaan. Terbaru, ada anak muda yang mula membuka bisnes ‘bubble tea’ ini secara kecil-kecilan.

Namun, cara penyediaannya yang mengikuti bisnes lain menggunakan percikan api mendapat perhatian netizen. Menerusi video yang dikongsi pemilik akaun Twitter, Raja Lutfi, menunjukkan peniaga membakar sedikit pada permukaan air minuman itu menggunakan sejenis alat yang dipanggil ‘blow torch’. Fungsinya adalah untuk mencairkan keju dan gula perang yang terdapat pada permukaan air itu.

Rata-rata netizen terkejut melihat cara penyediaan itu kerana dikhuatiri ia terkena pada bekas plastik minuman itu dan akan memberi kesan kepada air.

https://twitter.com/hanimism2/status/1140869508204134400

Niatnya untuk mempromosikan perniagaan rakannya itu mendapat maklum balas yang berbeza. Ada yang bertanyakan lokasi premis itu dan ada juga yang merasakan cara itu tidak selamat dan perlu diambil perhatian.

Ada yang mencadangkan supaya penyediaan itu lebih elok jika mengikut cara premis minuman lain yang menggunakan besi sebagai pengalas bagi mengelakkan bekas minuman itu daripada terkena api.

https://twitter.com/syedotASMR/status/1140909600234848256

Pemilik akaun tersebut bagaimanapun sedar akan perkara itu dan bercadang untuk memaklumkan kepada rakannya yang menjalankan bisnes tersebut.

“Thanks to all yang tegur, I dah tegur brother boba milk tu pasal safety tu. He said sorry sebab diaorang unprepared. But they promise to improve and be better in the future. So tak yah nak bitter bitter dah. Tak suka tak payah beli,” kata Raja menerusi ciapan di Twitter.

Biarpun di tegur, ramai memberi respon positif tentang usaha peniaga itu yang bijak mengambil peluang dengan mengenakan harga yang berpatutan.

Apa-apa pun, syabas buat anak muda yang bijak mengambil peluang!

Sumber: Raja Lutfi 

Artikel ini diolah & diterbitkan oleh Manis FM dengan 
kebenaran dari sumber asal