Banjir kilat di Yaman akibatkan kematian, rosakkan insfastruktur

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sebuah bangunan yang runtuh selepas banjir kilat di Tarim, wilayah Hadramawt, pusat Yaman, 3 Mei 2021. (Foto AFP)

Ribuan keluarga menderita akibat hujan lebat dan banjir yang telah memusnahkan kediaman dan tempat perlindungan yang berlaku sejak April lagi.

“Laporan awal menunjukkan kira-kira 3730 keluarga (22 380 orang) telah terjejas oleh hujan dan banjir, yang kebanyakannya adalah rakyat yang sememangnya sudah kehilangan tempat tinggal,” kata agensi kemanusiaan PBB OCHA.

“Hujan yang meningkat selama beberapa hari terakhir menyebabkan kerusakan infrastruktur bangunan, memusnahkan kediaman dan tempat tinggal serta mengakibatkan kematian dan kecederaan.”

Berdasarkan laporan pihak berkuasa Yaman, empat orang telah terbunuh dalam banjir kilat di bandar Tarim yang bersejarah di wilayah tengah Hadramawt, manakala tiga kematian lagi dilaporkan berlaku di kawasan lain di Yaman.

Rakaman dari pihak Agence France-Presse (AFP) menunjukkan jalan-jalan kota di Tarim dinaiki air dan bangunannya yang terkenal dengan bata lumpur, dengan kereta dan motosikal tersekat di bawah lumpur.

Agensi OCHA juga mengatakan banjir kali ini menyebabkan kerosakan besar di wilayah Aden, Abyan, Daleh, Lahj, Hadramawt, Marib dan Taez.

Puluhan orang terbunuh setiap tahun di seluruh Yaman dalam banjir kilat. Kedatangan ribut juga telah menambah kesengsaraan di negara yang dilanda konflik.

PBB melaporkan bahawa Yaman mengalami krisis kemanusiaan terburuk di dunia ketika perang yang berlangsung selama bertahun-tahun, dengan lebih dari 4 juta orang menjadi pelarian dan dua pertiga dari 30 juta penduduknya bergantung pada bantuan.

Puluhan ribu orang telah terbunuh dan berjuta-juta orang terjerumus ke lembah kebuluran akibat konflik yang berlaku antara pemerintah-