Guna Bedak Bayi Pun Boleh! Tips Kurangkan Rambut Berminyak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Masalah rambut dan kulit kepala berminyak boleh membawa kepada kegatalan dan kelemumur. Adakalanya bersyampu pun seperti tidak, rambut yang kritikal dengan minyak akan menyebabkan syampu tidak berbuih langsung! Bau rambut juga boleh menjadi tengik dan masam.

Mungkin ada diantara kita telah mencuba pelbagai jenis syampu khususnya untuk kulit kepala berminyak tapi tidak menjadi dan adakala lebih teruk?

Kulit kepala berminyak akibat dari pengeluaran minyak berlebihan dari sebum. Minyak yang keluar dikhaskan untuk menjaga kulit dari menjadi kering atau hilang kelembapan. Namun jika berlebihan ia boleh membawa kepada masalah kelemumur dan lebih teruk jangkitan kulat malassezia.

Anda dah penat dengan gatal-gatal dan rasa berminyak kepala? Mari ikuti langkah penjagaan ini..

#1 Bermula dari pilihan pemakanan

Individu yang lebih banyak makan karbohidrat dan lemak boleh meningkatkan kadar pengeluaran sebum. Jadi kena kurangkan karbohidrat dan lemak sahaja ke? Bukan tapi pastikan sumber yang menyihatkan seperti dari minyak ikan atau makanan laut.

#2 Kerap bersyampu

Salah satu rutin yang wajib diterapkan ialah bersyampu dengan kerap tapi jangan terlalu banyak menggunakan produk. Cukup untuk membersih kulit kepala dan jangan mengosok terlalu kuat.

#3 Gel rambut juga beri kesan

Guna jumlah produk gel atau minyak rambut mengikut kesesuaian. Ingat semakin banyak produk rambut disapu rambut lebih tampak berminyak dan secara tidak langsung boleh menyumbat sebum.

#4 Guna cuka epal untuk elak malassezia

Anda mahu cegah dari terus jangkitan kulat malassezia, senang buat air semburan dari campuran cuka epal. Campurkan dua atau tiga sudu besar cuka epal dengan secawan air dan letakkan dalam botol semburan. Pastikan anda sembur hingga akar dan kulit kepala sekurangnya dua atau tiga kali seminggu. Cuci rambut selepas dua atau tiga minit.

#5 Kelebihan Bedak Bayi

Bedak bayi boleh memerangkap minyak pada rambut dan mengembalikan volume. Kalau anda tak mahu sembur syampu kering ganti sahaja dengan bedak bayi. Sapukan bedak bayi pada akar rambut, untuk rambut warna gelap campurkan bedak dengan bronzer.

Sumber: Wanista