Hadkan pendaki gunung di Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Krai: Aktiviti pendakian gunung di Kelantan akan dibuka apabila negeri itu beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dengan jumlah pendaki dihadkan.

Menurut Penolong Pengarah Ecopark dan Hutan Taman Negeri Kelantan Juliana Yahya, seorang malim gunung akan dibenarkan membawa tujuh pendaki sahaja, berbanding sebelum ini antara 10 ke 15 orang.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat ditetapkan untuk mengelak berlakunya penularan Covid-19 dalam kalangan penggemar aktiviti itu.

“Penetapan nisbah dan SOP ketat ini dirujuk kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, sebelum dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya di sini.

JULIANA Yahya. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
JULIANA Yahya. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Juliana berkata, selain mencegah penularan Covid-19, pengurangan jumlah pendaki juga bagi memberi keselesaan kepada semua pihak selain memastikan hutan simpan kekal terpelihara.

Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin sebelum ini dilapor berkata, negeri itu dijangka beralih ke Fasa 3 PPN pada awal Oktober selepas lebih 75 peratus populasi dewasa menerima suntikan vaksin Covid-19.

Sumber: My Metro