Harga Ais Tidak Patut Naik: PM

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegur syarikat bekalan ais yang menaikkan harga sehingga 50 sen sebungkus.

Menurutnya, kenaikan harga ais tidak patut berlaku.

“Harga ais tidak patut naik sebab tiada kenaikan tarif air dan elektrik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan harga barangan di My Farm Outlet Kasih, Presint 9, dekat sini pada Rabu.

Turut serta, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenaikan laporan mengenai syarikat berkenaan yang menamatkan promosi untuk produk ais iaitu ais kisar dan ketulan bermula 1 Disember.

Antara alasan yang diberikan syarikat berkenaan adalah kos penyelenggaraan lori semakin tinggi dengan kenaikan harga tayar, alat ganti lori dan minyak diesel.

Sumber: SINAR HARIAN