SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Hebat! 5 pelajar universiti ini cipta krim jerawat guna kulit durian

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

SIAPA yang tak suka dengan durian, bukan? Tetapi kulitnya yang tajam biasanya akan dibuang selepas isinya dimakan.

Namun siapa sangka, kulit durian yang dianggap tidak bermanfaat itu sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat termasuk sebagai bahan kecantikan wajah.

Buktinya, lima penuntut Universiti Brawijaya, Indonesia iaitu Nur Khasanah, Putri Ayu, Annindea Erza, Dzurrotin Qurrota dan Dita Rahmaningtyas menggunakan kulit durian yang dijadikan sebagai krim mencegah jerawat.

mahasiswa-ub-malang-kembangkan-krim-anti-jerawat-berbahan-kulit-durian



Pelajar ini sibuk di makmal menghasilkan krim jerawat.

Nur Khasanah yang juga penuntut Fakulti Matematik dan Sains universiti itu berkata, kulit durian kaya dengan antibakteria seperti flavonoid, saponin, tannin, terpenoid, dan alkaloid.

Kandungan ini membuat kulit durian lebih efektif mencegah jerawat berbanding tea tree oil yang banyak digunakan sebagai bahan krim jerawat ini.

Krim jerawat ini kata Nur Khasanah, dibuat dengan mengambil ekstrak kulit durian.

“Pertama sekali kulit durian akan dipotong dan dibersihkan. Kemudian ia dimasukkan ke dalam ketuhar dengan suhu 60 darjah celcius selama 24 jam.

20210929150120-1-mahasiswa-ub-kembangkan-krim-anti-jerawat-berbahan-kulit-durian-003-debby-restu-utomo



Kulit durian yang di potong sebelum di bakar dalam ketuhar selama 24 jam.

“Selepas itu, kulit durian ini akan dikisar, diayak dan dijadikan ekstrak,” katanya.

Jelasnya, krim pencegahan jerawat ini menggunakan teknologi nanoemulsi yang mampu mengurangkan risiko keradangan pada jerawat.

Meskipun masih dalam peringkat percubaan, Nur Khasanah dan rakan-rakannya berharap krim itu nanti dapat memberi manfaat kepada golongan yang mempunyai masalah jerawat.

Sumber: Mstar