SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Kelantan benar solat Jumaat, fardu di masjid secara bersyarat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan surau dan musalla yang terletak di kawasan Kluster Mengketil ditutup berkuat kuasa hari ini sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan, MAIK turut arahkan semua kuliah agama termasuk kelas al-Quran di masjid serta surau ditangguhkan sehingga 6 Disember ini.

Bagaimanapun beliau berkata, solat Jumaat dan solat fardu di masjid serta surau masih diteruskan yang mana dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) secara terkawal bagi mengelak penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di Kelantan.

“Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai ketua agama Islam di negeri ini mengampuni perkenan agar solat Jumaat, fardu serta aktiviti di masjid, surau dan musolla ketika PKPB dilaksanakan secara terkawal bagi membendung penularan Covid-19 di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, berkuat kuasa hari ini juga, Mohamad Rizam memaklumkan solat Jumaat dan fardu di masjid bandar, jajahan serta mukim hanya dibenarkan kepada 50 jemaah setiap waktu dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.


“Bagi surau pula, jemaah dibenarkan maksimum 30 orang pada setiap waktu dengan penjarakan fizikal satu meter, manakala di musolla adalah 10 orang yang tertakluk kepada kapasiti muatan selepas penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter,” katanya.


Mengulas lanjut, Mohamad Rizam juga memaklumkan pelaksanaan perkara di atas mestilah mengikut beberapa garis panduan SOP yang dikeluarkan MAIK bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.


Katanya, pihak masjid perlu memastikan hanya pegawai-pegawai masjid (imam tua, imam muda, bilal dan siak), ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan anak-anak mukim terpilih sahaja dibenarkan.


“Senarai dan maklumat jemaah yang terpilih perlu disediakan selain mendaftarkan kehadiran di dalam buku pendaftaran serta meletakkan cecair pembasmi kuman di pintu utama masjid. Jemaah perlu membawa sejadah sendiri termasuk mengambil wuduk di rumah terlebih dahulu.


“Saringan suhu juga dibuat kepada semua jemaah dan individu yang mempunyai bacaan suhu lebih 37.4 Celcius adalah tidak dibenarkan masuk ke masjid,” katanya.


Dalam pada itu, katanya, AJK masjid dan anak-anak mukim yang berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir.


“Individu bergejala seperti batuk, demam, selesema dan sakit tekak adalah tidak dibenarkan hadir,” katanya

Terkini | Popular