Lebih 14K Perkongsian, Gadis Ini Kongsi Tips Dapatkan Kulit Seperti Rawatan Spa. Jom Cuba!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Wanita dan kecantikan pasti tidak dapat dipisahkan. Sebut sahaja produk kecantikan di pasaran, pasti kaum wanita akan mencubanya. Betul tak? Tidak kisahlah mahal atau tidak, yang penting kecantikan menjadi keutamaan mereka, lebih-lebih lagi bahagian muka.

Kali ini, gadis ini berkongsi tips mudah mendapatkan kulit wajah licin tanpa menggunakan produk mahal. Hanya menggunakan bahan semulajadi, korang mampu jimat dari mengunjungi spa kecantikan. Jom cuba!

KULIT SEPERTI RAWATAN SPA

Amalkan hydrating mask ni untuk kelembapan kulit muka agar mulus dan glow, mengecilkan pori-pori, serta sapu sekitar kaki dan tumit kaki yang kering atau merekah.

Amalkan selalu, in shaa Allah kulit seperti rawatan spa bernilai rm500.

HYDRATING MASK SCRUB

1 sudu madu
1 biji tomato
2 sudu beras ( blend halus)
1 sudu yogurt asli

Rahsia dan cara-cara aku kongsikan di setiap gambar.

Diamkan selama 15 minit hingga 20 minit. Kot nak lembab sangat buh la 30minit. Haha..

Takda rahsia langsung kenapa jerawat dan minyak segan nak timbul. Sebiji jerawat pun malu nak tumbuh time period.

Semua amalan ini perlu melalui prosess detox body dahulu dan BRIGHTENING MASK yang cik oya kongsikan sebelum ini. Baru kesan dapat di capai secara maksimum!

GUNAKAN TOMATO

Sebiji sahaja ok. Boleh cover 3x penggunaan.

Beras hancur. 2 sudu.

Yogurt asli.

Madu asli 1 sudu.

Campurkan semuanya, kacau sebati.

DIGUNAKAN SECARA SEJUK MEREMAJAKAN KULIT

Wrap dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1jam.

Untuk memastikan beras hancur tadi kembang dan sebati dengan bahan-bahan lain.

Dan seeloknya hydrating mask ini di gunakan secara sejuk.

Sangat elok hydrating mask di gunakan dalam suhu yang sejuk. Mengembalikan keremajaan kulit secara semula jadi.

Proses ini akan menjadikan pori-pori mengecil. Kulit akan kelihatan mulus dan halus. lebih segar.

Fuhhhhhh!

Diamkan 15 minit atau 20 minit. Kalau nak 30 minit pun boleh?.

Kemudian scrub sehingga kalian berpuas hati.

Selepas 30minit. Buang semua black head dan white head.

Kemudian cuci menggunakan hydrating mask kembali dan bilas.

Last, tonyoh ais pada wajah. Proses ini akan menambah kesegaran kulit dan mengecilkan pori-pori dengan lebih baik.

Selamat mencuba semua.

Sumber: OhBulan!