Lima Sungai Di Pahang Termasuk Di Cameron Highlands Rekod Paras Waspada

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Paras air lima sungai di empat daerah di Pahang dilapor melepasi paras waspada setakat jam 9 pagi, Ahad.

Maklumat dalam laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan, paras sungai yang melepasi paras waspada ialah di daerah Cameron Highlands, Jerantut, Raub dan Maran.

Berdasarkan rekod Sungai Ringlet di Cameron Highlands merekodkan paras air 1,079.31 meter (m) berbanding 1,079.01 meter adalah paras normal.

Tiga sungai lagi di daerah Jerantut membabitkan dua Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Sungai Tembeling di Kampung Meeting.

Seterusnya, paras air di Sungai Dong di Kampung Peruas, Raub direkodkan 133.61 meter dan Sungai Liut, Kampung Subuh, Maran pula 25.88 meter.

Bagaimanapun, info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) memaklumkan setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang dibuka.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

– Sinar Harian