Manis Sokmo: WHY PAY? MYTV Boleh Diakses Secara Percuma

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Keterbatasan jaringan di radio Manis FM untuk diakses ke seluruh Malaysia kini tidak lagi menjadi masalah dengan kewujudan MYTV yang merupakan antara salah satu platform yang boleh digunakan sekiranya berada di luar pantai timur secara percuma.

Terbaharu, MYTV telah memperkenalkan siaran televisyen dan radio seluruh Malaysia secara percuma tanpa komitmen bulanan dan apa-apa bayaran dengan menggunakan

Kaedah Digital Terrestrial Televisyen (DTT). DTT ialah penyiaran saluran radio dan televisyen negara di mana semua isyarat penyiaran analog telahpun digantikan dengan isyarat digital dan disiarkan melalui stesen pemancar MYTV di seluruh tanah air. Isyarat digital ini mampu menjamin kualiti audio dan visual yang jelas serta lebih baik daripada kualiti isyarat analog.

Pengurus Penjenamaan, Komunikasi dan Pemasaran MYTV Broadcasting Sdn Bhd, Yarnizulaili Razali ketika ditemuramah turut berkongsi kempen yang sedang berlangsung iaitu “WHY PAY?”. “Tidak perlu bayar, kenapa perlu bayar sedangkan boleh dapat percuma dengan MYTV?” selorohnya menyedarkan pendengar tentang kempen terbabit.

Untuk televisyen digital, isyarat MYTV boleh didapati dengan menyambungkan antena UHF, manakala untuk televisyen lama yang bukan digital siaran MYTV dapat diakses melalui sebuah peranti dekoder dan antena digital yang disambung kepada TV masing-masing dan dapat diakses di seluruh negara. Bagi kawasan yang berada di dalam kawasan “titik buta” (blind spot) atau kawasan yang tidak dapat menerima siaran, MYTV menyediakan sistem penerimaan secara Satelit DTH (Direct-to-Home).

Turut memberikan saranan, meskipun digital MYTV tidak dikenakan apa-apa bayaran bulanan atau kontrak penggunaan, pengguna digalakkan untuk mendapatkan bantuan pemasangan dari pemasangan berdaftar MYTV untuk mendapatkan siaran yang baik.

“Hubungi kami di talian 1300-80-6988, kami pasangkan di seluruh negara. Upah pemasangan hanya RM180 dan anda boleh menikmatinya sampai bila-bila. MYTV menyiarkan sebanyak 17 saluran TV dan 16 saluran radio digital. Istimewa untuk penduduk Terengganu dan Malaysia secara amnya, Manis FM kini berada di Saluran 726 MYTV dan secara penstriman langsung di MYTV Mana-Mana.”, ujarnya lanjut.

Bagi penstriman secara online, aplikasi mudah alih juga boleh dimuat-turun dari Google Play Store dan IOS App Store (cari MYTV Mana-Mana). MYTV Mana-Mana adalah aplikasi percuma untuk rakyat Malaysia. Tiada pendaftaran, tiada ‘fee’ ataupun yuran dikenakan.

Kini, rakyat Malaysia boleh menonton TV di peranti kesayangan, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja berada. MYTV adalah untuk semua. Tiada bayaran bulan, tiada kontrak perkhidmatan, kenapa perlu bayar kalau boleh tengok dengan percuma?