SEGMEN TERKINI

MANIS FM

GAYA PANTAI TIMUR

Nasional Quemoy University (NQU), dI Taiwan Mendirikan Ruang Solat Bagi Pelajar Muslim

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Nasional Quemoy University (NQU) yang terletak di pulau terpencil di Kinmen menyediakan sebuah ruang solat Muslim agar dapat menarik lebih banyak lagi pelajar dari negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Ruang solat ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha universiti untuk mempromosikan kepelbagaian budaya, yang terletak di tingkat dua pada sebuah bangunan. Langkah itu sebagai respon kepada cadangan sekumpulan pelajar Indonesia yang menuntut di universiti tersebut yang mengadu kekurangan kemudahan tersebut di kampus.

Menurut seorang mahasiswi Indonesia yang ingin dikenali sebagai Ho (何) dalam jurusan pentadbiran perniagaan di NQU, penyediaan bilik solat itu memudahkan baginya untuk menunaikan solat lima kali sehari tanpa perlu kembali ke asrama.

Pihak universiti  berusaha untuk menjadi sebuah universiti antarabangsa sejak dua tahun lalu bagi menarik lebih ramai pelajar antarabangsa, kata Presiden NQU, Chen Chien-min (陳建民). Setakat ini, university ini ini mempunyai 165 pelajar antarabangsa, termasuk 43 orang dari Indonesia.

Banyak kolej di Taiwan telah menyediakan kemudahan yang serupa untuk mewujudkan persekitaran yang mesra Muslim, termasuk Universiti Taiwan Nasional, Universiti Cheng Kung Nasional, Universiti Dong Hwa Nasional, Universiti Tsing Hua Nasional, Universiti Chengchi Nasional, dan Universiti Pusat Nasional.

Sumber : Taiwan News

Terkini | Popular