Netizen Tidak Puas Lihat Pak Cik 102 Tahun Kongsi Cerita Askar Jepun Di Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu adalah satu detik hitam dalam sejarah negara kita. Pelbagai kejadian telah direkodkan dan kisah duka diceritakan mengenai bagaimana penaklukan tersebut berlaku.

Jika sebelum ini kita sering sahaja membaca dan merujuk pelbagai buku, catatan dan filem-filem yang melihat kembali pendudukan tentera Jepun di negara kita, malah ianya juga turut diajar di sekolah melalui pelbagai silibus yang disediakan.

Tetapi kali ini, lain pula ceritanya apabila pengarah muda Syahmi Sazli berkongsikan video pendek yang memuatkan pengalaman sebenar mangsa-mangsa yang pernah melalui sendiri pengalaman berada di bawah penguasaan tentera Jepun dahulu atau lebih tepat lagi pendudukan tentera Jepun di Kelantan.

Ya, Syahmi Sazli yang baru-baru ini mencipta nama apabila filem arahan pertama beliau, Mael Totey The Movie yang berjaya pecah panggung dengan jumlah kutipan yang tinggi dan Syahmi yang sama menghiburkan peminat di YouTube melalui drama spontan beliau sebelum ini.

Kembali kepada video pendek mengenai pendudukan Jepun di Kelantan pada sekitar 1941 tadi, ianya mula mencuri tumpuan dengan lakonan semula oleh salah seorang mangsa yang mendakwa dirinya kini berusia 102 tahun.

Dikenali sebagai Hj Mukhtar bin Muhamad atau mesra dipanggil Pok Tar, kesungguhan dan ingatan beliau yang masih kuat mengenai kejadian yang berlaku suatu ketika dahulu itu bakal membuatkan sesiapa sahaja yang menonton tergamam.

Anda boleh menonton video penuh yang dikongsikan di Youtube Syahmi Sazli Team melalui pautan di bawah.

Sumber: The Vocket & Syahmi Sazli Team Youtube