Penemuan Makam Purba di Tapak Arkeologi Saqqara, Mesir

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Antara keranda yang ditemui di tapak arkeologi Saqqara

Mesir mengumumkan bahawa mereka telah menemui banyak penemuan di Tapak Arkeologi Saqqara di selatan Kaherah, termasuk penemuan makam purba.

Kementerian pelancongan menyatakan penemuan utama itu dibuat oleh sepasukan ahli arkeologi yang diketuai oleh ahli Mesir, Zahi Hawass. Penemuan itu menemukan lebih daripada 50 sarkofagi.

Sarkofagi kayu yang ditemui dipamerkan di neqropolis Saqqara Mesir di selatan Kaherah,

Turut ditemui Sarkofagi batu,”daun papirus sepanjang lima meter yang mengandungi bab ke-17 yang merupakan buku mati, topeng, perahu kayu dan permainan yang digunakan orang Mesir kuno.”

“Ini adalah penemuan yang jarang ditemui dan baru kerana kebanyakan artifak yang kami temui berasal dari Kerajaan Baru, sedangkan di Saqqara, biasanya umurnya lebih kurang 500 SM, dan setakat ini tujuh puluh peratus (kawasan baru) masih belum diterokai.”

Hawass berkata, tempat pemakaman Ratu Naert, isteri Raja Teti dan tiga gudang bata telah ditemui di lokasi. Saqqara adalah tapak piramid, kuil kuno dan tempat pengebumian haiwan. Di samping itu, Saqqarra nerupakan tanah perkuburan yang luas di ibu kota Mesir kuno, Memphis yang merupakan tapak warisan dunia UNESCO.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu, Hawass mengatakan penemuan terbaru dapat memberi sinar baru kepada sejarah Saqqara semasa Kerajaan Baru Mesir antara abad ke-16 SM dan abad ke-11 SM.

Penemuan itu ditemukan berhampiran piramid di mana Raja Teti, firaun pertama Dinasti Keenam Kerajaan Lama Mesir, dikuburkan.

Terdapat banyak penemuan dalam beberapa tahun kebelakangan ini di Saqqara, yang merupakan tapak bagi piramid Djoser, antara salah satu binaan yang paling awal dibina di zaman Mesir kuno.

Mesir berharap penemuan arkeologi akan memacu sektor pelancongan yang telah mengalami banyak kejutan. Bermula dari pemberontakan pada tahun 2011 hingga wabak virus korona sekarang.

Akhir tahun ini dan setelah beberapa penundaan, pihak berkuasa berharap dapat merasmikan muzium baru yang disebut Grand Museum of Egypt di dataran tinggi Giza,