Personaliti Diri Mengikut Bentuk & Saiz Mata

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Umumnya, mata memang elemen yang digunakan untuk membaca fikiran orang, perasaan dan emosinya. Ini penjelasan lebih terperinci tentang pandangan psikologi tentang kaitan saiz dan bentuk mata dengan personliti diri seseorang.

Bentuk & Saiz Mata

#1 Mata Besar

Jika kamu dikurniakan dengan mata yang galak dan bersaiz besar bermaksud kamu adalah seorang yang terbuka dan sangat peka. Kamu adalah seimbang dan bisa menerima maklumat dari pelbagai arah tanpa menjadi panik mahupun berat sebelah.

Mungkin kerana itu juga, orang senang untuk dekat dengan diri kamu kerana mereka menanggap kamu individu yang mudah dibawa berbicara. Senang kata tidak cepat marah atau melenting. Oh, kamu juga kreatif dan penuh dengan semangat jika melakukan sesuatu!

Walau bagaimanapun, oleh kerana hati anda terlalu baik dan mudah mengasihani, orang sering mengambil kesempatan terhadap diri kamu.

#2 Mata Kecil

Petah berbicara, fokus dan berazam tinggi. Penglihatan kamu sangat tajam seterusnya menjadikan kamu seorang yang sangat terperinci. Kamu tidak mengenal erti penat dan akan terus lakukan sesuatu sehingga mendapatkan hasil yang memuaskan diri kamu -satu persatu akan diperiksa dan diteliti agar semuanya sempurna.

Namun, disebabkan sifat anda yang boleh dikiras cerewet dan analitikal itu, orang sukar mempercayai kamu. Orang akan lekas melabel anda sebagai seorang yang garang, tegas dan sombong.

#3 Mata Berbucu (Bentuk Almond)

Rata-rata orang yang memiliki mata ini adalah beketurunan barat dan mungkin ada darah campuran India. Mereka sering dianggap berjiwa mistikal dan perahsia.

Melihatkan kepada air muka yang eksotik, kamu yang bermata almond bisa dianggap orang yang sering berhati-hati dalam semua perkara. Meskipun dalam situasi yang genting, kamu tak cepat panik dan secara kesuluruhannya adalah insan yang seimbang.

Meskipun kurang tahu menonjolkan dan meluahkan emosi sebenar, kamu sebenarnya berhati mulia.

#4 Bulat

Jika kamu memiliki mata yang bentuk bulatnya kelihatan nyata, nescaya kamu adalah seorang yang sangat kreatif dan bijak berimaginasi. Kamu gembira hidup dalam dunia sendiri bahkan, sangat peka dengan keadaan di sekeliling.

Biarpun kamu gemar berfikiran logik, ia sering ditemani dengan mood yang cepat berubah-ubah.

Meskipun emosi sering melanda di jiwa, kamu bijak mengawalnya dan lebih senang untuk menyimpan sendiri segala perasaan dan fikiran kamu. Oh! Kamu juga mempunyai ‘lidah yang tajam’, jadi silalah berhati-hati dalam menyusun kata kerana orang mudah kecil hati dengan kamu.

Jarak Antara Mata

Dekat

Mereka yang memiliki jarak mata dekat ini adalah insan yang sopan, menjaga tertib diri dan tidak pernah lupa akan asal-usul. Pendek kata, mereka ini bersifat tetap dan tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling.

Gemar menjadi diri sendiri, mereka sukar menerima perubahan dan tak suka ikut rentak orang sekeliling membuatkan mereka unik.

Mereka ini juga khabarnya tak mudah marah-marah malah itulah yang membuatkan mereka lebih berjaya dalam kehidupan.

Jauh

Suka meneroka dan mencuba perkara baru dalam hidup. Anda adalah insan yang sering peka dengan perkembangan semasa baik dari segi trend fesyen mahu pun berita-berita terkini. Kamu juga seorang yang sangat fleksibel tau! dengan sesiapa pun kamu muudah bergaul dan orang lekas menyenangi diri kamu. Walau bagaimanapun, kamu sukar untuk melekat pada satu benda sahaja. Rutin adalah musuh ketat kamu!

Sangat berani dan lebih gemar mengikut kata hati, kebebasan adalah apa yang kamu cari selama ini.

Sumber: Wanista