“Saya Menyusun Sepuluh Jari Memohon Ampun Dan Maaf” -Zaihani Zain

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Setelah hampir saban minggu bergolak dengan kesalahanannya sendiri, Zaihani Zain yang merupakan seorang jurugaya dan pengkritik fesyen akhirnya memuat naik status permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun Facebook dan Instagram miliknya susulan isu body shaming sehingga mendapat kecaman ramai termasuklah para penggiat seni tanah air; selebriti dan pereka fesyen terkemuka.

Hal itu bermula setelah Zaihani atau lebih mesra dipanggil Kak Zai memuat naik keluhan di media sosial mengatakan bahawa individu yang mempunyai berat badan 60kg ke atas seharusnya tidak perlu hadir ke acara gah pertunjukan fesyen. Ini kerana mereka akan menyusahkan tetamu lain yang duduk bersebelahan.

Untuk tidak memanjangkan cerita, Zaihani tampil membuka mulut perihal kejadian itu dengan berkata, “Bukan niat saya untuk menghina (body shame) sesiapa  – ahli keluarga, kawan kawan atau pun followers; tetapi status FB saya tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi manspreading (duduk terkangkang) yang saya alami baru-baru ini.

“Sepanjang kerjaya saya sebagai ketua stylist selama hampir 3 dekad, saya tidak akan dapat melaksanakan tanggung jawab saya jika saya bersikap judgemental. 
“Oleh itu sekiranya status saya telah menyinggung perasaan mana mana ahli keluarga, kawan kawan dan followers, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. From the bottom of my heart,” ujarnya.

Keputusan Zaihani untuk memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesalahan dirinya ini sepatutnya diberi pujian kerana bukan semua orang berani untuk mengaku salah sendiri lebih-lebih lagi berkait dengan hal yang besar sebegini. Maklum sahajalah, industri fesyen di Malaysia ini kecil sahaja, balik-balik nanti pasti akan bertemu muka yang sama juga.

Sumber: Wanista