SEMANGAT KELUARGA MALAYSIA MAMPU MEMBANGUNKAN NEGARA – TENGKU ZAFRUL

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Semangat Keluarga Malaysia yang mengenepikan perbezaan mampu membina semula negara ke arah yang lebih baik.

Itu harapan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika ditanya dalam sesi Temubual Eklusif bersama Manis FM yang bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu.

Sesi Temubual tersebut adalah rentetan lawatan kerja beliau sempena Jelajah Bajet 2022 selama dua hari di Kelantan.

Turut ditanya fokus utama dalam negara menghadapi pandemik Covid19, beliau menjelaskan sekarang ini kerajaan menggariskan tiga fokus utama iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi dengan kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM 332.1 billion bagi mengurangkan kesan pandemik Covid-19 terhadap rakyat.

Ia adalah jumlah terbesar dalam sejarah pembentangan Bajet negara.

Sebanyak RM 31 billion diperuntukkan bagi subsidi, bantuan dan insentif kepada rakyat bagi meminimumkan peningkatan kos sara hidup rakyat melibatkan kawalan harga barang dan perkhidmatan.

Bagi menjamin kesejahteraan rakyat, kerajaan telah meperuntukkan RM 8.6 billion yang memmberi manfaat kepada 9.6 juta penerima di bawah Skim Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Bagi perusahaan pula, pelbagai insentif telah berjaya dijalankan antaranya, Geran Khas Prihatin yang mempruntukkan RM 6.1 billion yang mampu memberi manfaat kepada 1 juta pengusaha mikro.