“Semua yang artis cakap salah,bodoh” – Elfira Loy

Facebook
Twitter
Google+

Walaupun sudah diberi penjelasan saintifik oleh pakar dalam bidang perubatan, Elfira Loy menerusi satu temu bual nampaknya terus mempertahankan pendapatnya mengenai ubat tinggi yang dipromosikan oleh Neelofa baru-baru ini.

Menerusi temu bual itu, Elfira seperti bengang dengan teguran seorang doktor (yang dipercayai Dr Beni Rusani) di laman Twitter yang mendakwa dirinya hanya backup kawan sehingga digelar bodoh oleh netizen.

Manakala melalui tweet terbaru, Dr Beni dengan rasa rendah diri memohon maaf pula kepada Elfira andai beliau terkasar bahasa ketika ‘mensekolahkan’ beliau mengenai fakta sebenar tentang ubat tinggi yang dipertahankannya itu.

Tweet terbabit turut mendapat perhatian Dr Amalina Bakri, dengan menegaskan tindakan rakannya itu hanya untuk mendidik orang ramai. Soalnya lagi, apalah gunanya doktor jika orang ramai tidak mendengar pendapat mereka.

Kenyataan Dr Beni dan Dr Amalina juga turut disokong oleh netizen yang rata-rata menyelar sikap Elfira yang meninggi diri serta terus memanjangkan isu terbabit. Makin pelik zaman sekarang ni, beri tahu fakta yang betul pun masih kena dipersalahkan!.

Sumber: Rotikaya

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008