Solat Dalam Kereta, Fathia Latiff Dikecam Netizen

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Jika sebelum ini, nama pelakon Fathia Latiff sering terpalit dengan kontroversi. Apa saja yang dilakukan oleh Fathia seperti ada yang tidak kena dimata netizen.

Sejak kebelakangan ini, Fathia dilihat lebih berhati-hati lebih-lebih lagi untuk memuat naik gambar dan status di media sosial. Boleh dikatakan kesilapan lalu banyak mengajar dirinya untuk menjadi lebih baik.

Semalam, viral di media sosial video Fathia mendirikan solat di dalam kereta. Video tersebut dikongsikan menerusi Instagram milik rakannya.

Menerusi video tersebut, rakannya itu memuji Fathia yang tidak meninggalkan solat dan masih menunaikan kewajipan sebagai umat Islam walaupun di dalam kereta. Ketika itu, waktu solat hampir tamat dan Fathia segera menunaikan solat.

 

Seperti biasa ada saja mulut-mulut netizen yang merasakan tindakan Fathia itu tidak betul kerana menunaikan solat didalam kereta yang sedang bergerak dan mengenakan solekan tebal.

Namun, ada juga yang memuji Fathia kerana tidak meninggalkan solat dan masih menunaikan solat di dalam kereta kerana Islam agama yang sangat mudah.

Sumber: Rotikaya