Tekanan Gosip, Kekasih Baru Elfira Masuk Hopital?

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Selepas isu putus tunang antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi, timbul pula spekulasi dimana Elfira sudah jumpa pengganti apabila gambarnya bersama usahawan kacak, Asyraff Mazlan tersebar di media sosial.

Namun baru-baru ini, usahawan berjaya itu dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami tekanan selepas didakwa menjadi punca pasangan itu putus tunang.

“Saya mengalami sedikit tekanan sehari selepas tersebarnya foto mengatakan saya mempunyai hubungan istimewa dengan Elfira dan menjadi punca mereka (Elfira dan Sufian Suhaimi) putus tunang.

“Saya memilih untuk berehat di hospital dan cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang gosip yang tersebar itu. Alhamdulillah sekarang kesihatan dah okay,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Asyraff juga menjelaskan dakwaan bahawa dia menunaikan umrah bersama Elfira dan keluarga adalah tidak benar. Jelasnya lagi, kepsyen gambar bersama Elfira yang dimuat naik Instagram itu hanya gurauan semata-mata.

“Kami bukan buat umrah bersama, sebaliknya kita pergi dalam kumpulan yang ramai dan foto yang saya kongsi beserta kapsyen di Instagram hanyalah gurauan sesama teman.

“Sebenarnya saya dah kenal keluarga Elfira sejak awal dia bergelar pelakon lagi dan kami hanya berkawan biasa sahaja,” katanya.

Kalau betul pun bercinta apa salahnya. Masing-masing single dan mempunyai kehidupan mewah.

Sumber: Mstar Online