Tips kurus di bulan Ramadan.

Facebook
Twitter
Google+

Di samping memfokuskan pada ibadah puasa, ramai yang memasang niat untuk memanfaatkan bulan Ramadan untuk menurunkan berat badan.

Nampak mudah tetapi ramai yang terkandas dalam misi ini.

Mana tidaknya, begitu banyak godaan di bazar Ramadan termasuklah undangan berbuka puasa di merata tempat.

Dalam pada itu, ada juga yang telah mengehadkan pemakanan tetapi tetap tidak berhasil menurunkan berat badan.

Beberapa tips kita kongsikan untuk anda :

1. Kira kalori anda

Anda boleh muat turun salah satu aplikasi yang boleh mengira kalori harian kita.

Dengan memasukkan butiran seperti berat badan semasa dan tinggi serta target berat badan anda, ia akan mengira purata kalori harian yang anda perlukan.

Kemudian, setiap hari kita hanya perlu catat apa yang kita makan (atau apa yang kita cadang untuk makan).

Dari sini, kita lebih disiplin untuk makan hanya sekadar kalori yang diperuntukkan.

2. Minum 8 gelas air kosong

Semasa bulan puasa ini, kita mempunyai masa yang terhad untuk mencukupkan keperluan air kosong.

Seeloknya, lebihkan pengambilan air kosong pada waktu malam dan terhadkan 2-3 gelas saja pada waktu sahur kerana cara ini lebih berkesan untuk mengekalkan hidrasi tubuh.

Berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, cadangan mencukupkan 8 gelas air sehari adalah seperti ini:

1 gelas selepas bangun sahur

1 gelas selepas bersahur

1 gelas selepas azan Maghrib

1 gelas selepas solat Maghrib

1 gelas selepas berbuka

1 gelas selepas solat Isyak

1 gelas selepas solat Terawih

1 gelas sebelum tidur

3. Jangan “skip” sahur

Walaupun “skip” sahur boleh mengurangkan pengambilan kalori, tetapi ia adalah amalan yang tidak sihat.

Malah, ia cenderung menyebabkan kita makan lebih banyak semasa berbuka.

Ditambah pula, amalan bersahur adalah sunnah dan amat digalakkan dalam Islam walaupun hanya dengan buah kurma.

4. Ambil protein mencukupi

Semasa sahur, jangan lupa tambahkan pengambilan protein untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

Telur putih, daging bakar, ikan stim atau asam pedas, atau ayam kukus pilihan terbaik untuk orang yang berdiet.

Tak salah makan nasi, mee atau bihun, cuma kuantitinya biarlah sederhana dan cara masakannya perlulah diperhatikan.

Elakkan juga makanan masin semasa sahur kerana ia boleh menjadikan cepat haus nanti.

5. 2-HOUR RULE

Inilah antara sebab kita susah nak kuruskan badan di bulan puasa.

Selalunya kita akan tidur dalam masa terdekat selepas bersahur.

Lepas solat tarawih pula, kita akan makan snek, berbaring dan kemudian tidur.

Tabiat ini menyebabkan lemak akan terkumpul dalam tubuh dari hari ke hari.

Malah, ia mengganggu sistem pencernaan dan boleh mengundang pelbagai penyakit jika kerap menjadi amalan.

Sekurang-kurangnya, tunggu 1.5 hingga 2 jam untuk perut memproses makanan sebelum tidur.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

MENARIK

Ikuti kami :

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Husa Network Sdn Bhd

Husa Network Sdn Bhd (464366),
No 18, Tingkat 1 & 2, Pusat Komersial Chabang Tiga,
21000 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.​

Tel : 09 – 6262255(Pejabat) | Fax : 09-6262266
Email : admin@manis.fm
Tel Konti : 09-6241008