Agong Berkenan Terima Menghadap Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara. Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook memaklumkan sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula 8 pagi. Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama …









