Pahang

Lebih 6,000 Pati sudah dihantar pulang

Kuantan: Jabatan Imigresen sudah menghantar pulang seramai 6,013 pendatang asing tanpa izin (Pati) ke negara asal dalam tempoh tiga bulan bermula Januari lalu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri I Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said. Beliau berkata, langkah itu membolehkan kerajaan melakukan penjimatan perbelanjaan yang membabitkan kos hampir RM100 sehari bagi menanggung seorang Pati di …

Lebih 6,000 Pati sudah dihantar pulang Read More »

Pengamal perubatan tradisional aktif kongsi rawatan di FB

Kuantan: Pengamal perubatan tradisional yang meninggal dunia dengan kesan tembakan di badan, kelmarin dikatakan aktif berkongsi kaedah rawatannya di media sosial, kebelakangan ini. Abangnya, Mohammad Redzuan Nasri, 37, berkata, sebelum itu adiknya, Mohamad Abdul Rahim, 31, tidak memuat naik perawatan yang dilakukan di mana-mana platform media sosial. “Hanya baru-baru ini dia aktif berkongsi di media …

Pengamal perubatan tradisional aktif kongsi rawatan di FB Read More »

Polis nafi kematian pegawai kanan akibat vaksin

Kuantan: Polis Pahang menafikan kematian pegawai berpangkat Asisten Komisioner yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada 3 April lalu, akibat kesan pengambilan vaksin Covid-19. Ketuanya, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, dakwaan punca kematian pegawai berusia 56 tahun itu yang tular di media sosial tidak benar. Katanya, doktor Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) …

Polis nafi kematian pegawai kanan akibat vaksin Read More »

Pahang benar tarawih, aktiviti Ramadan sehingga 10 malam

Kuantan: Kerajaan Pahang membenarkan solat tarawih dan aktiviti keagamaan dilaksanakan sepanjang Ramadan di masjid dan surau negeri itu, namun perlu berakhir antara 9.45 malam hingga 10 malam. Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, amalan Ramadan boleh dihidupkan di institusi itu, dengan jumlah jemaah adalah mengikut kapasiti ruang solat yang disediakan mengikut pematuhan …

Pahang benar tarawih, aktiviti Ramadan sehingga 10 malam Read More »

PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman dilanjutkan

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang yang dijadualkan tamat esok dilanjutkan lagi sehingga 20 April ini. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan itu selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih terdapat penularan jangkitan dalam kalangan penduduk di kampung berkenaan. “Sehingga kini, KKM sudah melaksanakan 513 …

PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman dilanjutkan Read More »

Pengamal perubatan mati ditembak, keluarga rayu henti spekulasi

KUANTAN: Keluarga pengamal perubatan tradisional yang maut dipercayai ditembak di Kampung Bukit Rangin Perdana 2 di sini pada malam Ahad enggan membuat sebarang andaian berhubung kejadian. Sebaliknya, mereka menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Mohammad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan beberapa kesan tembakan. Adiknya, Mohd Firdaus Masri, …

Pengamal perubatan mati ditembak, keluarga rayu henti spekulasi Read More »

Fasa pertama hab sarung tangan getah di Kuantan bermula Jun ini

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) Mohd Faizal Jaafar berkata hab yang melibatkan pelaburan berjumlah RM100 juta itu berkeluasan kira-kira 128.2 hektar di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini. “Pembinaan fasa pertama itu dijadual siap pada Disember tahun ini. Pelaburan terbaharu di kawasan perindustrian ini sudah semestinya akan membawa limpahan ekonomi kepada penduduk …

Fasa pertama hab sarung tangan getah di Kuantan bermula Jun ini Read More »

Pegawai Kanan Polis Meninggal Akibat Serangan Jantung, Bukan Akibat Vaksin Covid-19

KUANTAN, 05 APRIL 2021: Kematian seorang pegawai kanan polis di negeri ini pada Sabtu lepas bukan berpunca daripada suntikan vaksinasi COVID-19 seperti yang ditularkan tetapi disebabkan oleh serangan jantung. Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, keputusan ini diperoleh setelah proses bedah siasat dijalankan bagi mengetahui punca kematian Timbalan Ketua Cawangan …

Pegawai Kanan Polis Meninggal Akibat Serangan Jantung, Bukan Akibat Vaksin Covid-19 Read More »

Vaksin COVID-19: Pahang mohon pemain industri pelancongan diberi keutamaan

KUANTAN: Kerajaan Pahang mencadangkan supaya semua pemain industri pelancongan turut diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, jika sektor ini diberi keutamaan, ia akan memberi kesan positif kepada pasaran pelancongan yang merupakan sektor ketiga tertinggi menyumbang kepada pendapatan negara. Menurut …

Vaksin COVID-19: Pahang mohon pemain industri pelancongan diberi keutamaan Read More »